“Sebagai Orang Yang Lebih Matang Dalam Hal Ini…,” – Isu ‘Gurau Kasar’, Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Caprice

Share

Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah rapper dan usahawan, Caprice yang dikatakan kurang senang dengan gurauan pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.

Insiden berkenaan menjadi bertambah ‘panas’ apabila kedua-dua pihak dilihat saling berbalas kenyataan di ruangan Instagram stories.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, dilihat telah pun membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Caprice diatas ketelanjurannya ketika bergurau.

Menurut Sharnaaz, sebagai individu yang lebih matang, dia tidak mahu isu ini berpanjangan dan harus diselesaikan dengan cara yang baik.

“Hai, Assalamualaikum. Selamat petang. Saya tidak mahu bercakap panjang dan saya akan ringkaskan. Daripada pagi tadi, saya rasa semua orang pun tahu saya ada sedikit isu bersama dengan Caprice.

“InsyaAllah saya dan Caprice akan selesaikan perkara ini secara elok di belakang. Pada pandangan peribadi saya, apa gurauan saya daripada awal sama ada ketika dia berada di Jordan atau pun di sini, saya rasa mungkin agak keterlaluan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga sedar yang gurauannya pada video tular tersebut agak sedikit keterlaluan.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut berharap agar orang luar tidak mencampuri urusannya bersama Caprice itu.

“Sebagai orang yang lebih matang dalam hal ini, saya ingin memohon maaf kepada dia.

“Selain daripada itu, terpulang kepada pihak dia. Jadi saya rasa, biar urusan ini saya selesaikan bersama dia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan perbualan diantara Sharnaaz bersama rakan artis, Shukry Yahaya di IG live telah pun tular di seluruh platform media sosial.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahamad & Caprice

Published by
Aizam Manaf