“Sebagai Seorang Yang Baru Merasa Menjadi Ibu…,”- Meninggal Dunia Selepas Diselamatkan, Neelofa Terkesan Pemergian Rayan

Share

Sejak semalam, berita mengenai kematian kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun, Rayan yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa nyata meruntun jiwa banyak pihak di seluruh dunia.

Rata-rata warganet dilihat turut berduka diatas perkhabaran menyedihkan itu.

Antara yang turut menzahirkan perasaan yang sama termasuklah selebriti popular tempatan, Neelofa.

Menurut Neelofa, sebagai seorang ibu yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki, kisah kematian Rayan ini sememangnya memberi kesan yang amat mendalam buat dirinya.

Katanya lagi, kepalanya juga berasa sakit apabila kerap mengikuti perkembangan mengenai kanak-kanak tersebut.

“Sebagai seorang yang baru merasa menjadi seorang ibu juga kepada anak lelaki, berita ini really hit me hard the whole day yesterday.

“Jadi sakit kepala bila tengok posting Rayan. Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Meletop itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar keluar kepada kanak-kanak tersebut akan diberikan ketabahan serta kekuatan semangat bagi menempuh dugaan berat itu.

“Semoga Allah memudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga,” kongsinya lagi.

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Neelofa sekali lagi menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Rayan yang mampu bertahan selama lima hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“My heart truly breaks for Rayan. You fought for 5 days with such amazing strength but Allah SWT loves you more.

“May you be granted the highest rank in Jannatul Firdaus and your family all the strength and sabr. Al-Fatihah,” luahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semua roh Rayan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sekadar informasi, kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial.

Berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Terdahulu, Neelofa telah pun selamat melahirkan putera sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari lalu.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Neelofa

Published by
Aizam Manaf