Suami kepada pelakon Anzalna Nasir yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung minggu lalu ada berkongsi sedutan video sekitar majlis Tahnik, yang berlangsung semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Hanif turut mengumumkan nama anak mereka, iaitu Mohamad Eidrees Mohamad Hanif.
“Sebagaimana Sunnah Nabi saw, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik oleh my mama, mother in law and my father in law, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Eidrees Bin Mohamad Hanif.
“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari pengguna media sosial.
Ads
Sementara menjengah ke akaun Instagram Anzalna pula, bintang cantik ini turut berkongsi dekorasi bersempena dengan majlis berkenaan.
Naqiu mendedahkan dia terkejut apabila namanya dipilih untuk menyanyikan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dalam saingan konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad depan.
Katanya, kejutan yang diberikan agak besar hingga membuatkan dirinya terduduk ketika nama diumumkan menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi pada penghujung saingan minggu lalu.
“Ketika itu saya tengah peluk Sham Visa, kemudian muncul lagu Siti Nurhaliza di skrin. Saya macam jeling-jeling juga dan tengok berapa orang peserta wanita yang masih tinggal. Agaknya siapalah yang dapat lagu ni.
“Tapi yang muncul ialah wajah saya, itu yang buatkan saya terduduk. Dalam hati saya tertanya apa yang nak kena buat minggu depan ni, dah la lagu tu legend, penyanyinya pun memang legend. Ditambah pula dengan suara saya yang macam ni,” katanya kepada MH.
Apa pun, bintang berusia 33 tahun itu akui setiap lagu baru yang akan dipersembahkan di GV6 adalah cabaran yang harus disempurnakan.
“Saya percaya mungkin Hady Mirza kalau dapat lagu tersebut, mungkin lebih sesuai. Tapi macam saya? Bagi saya ia cabaranlah untuk saingan minggu depan.
“Yang penting saya cuba buat sehabis baik dengan cara sendiri,” impi Naqiu yang sebelum ini agak jarang menyanyikan lagu asal dari mana-mana penyanyi wanita.
“Lagu wanita yang pernah saya nyanyi sebelum ini hanya sebiah saja iaitu Bunga nyanyian asal Ara Johari,” akhirinya.
GV6 yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Pelakon Zalif Sidek meluahkan rasa lega susulan kebenaran aktiviti merentas negeri sejak minggu lalu, sekai gus memudahkan proses persiapan kahwinnya bersama tunang, Anis Marzuki, 24.
Menurut Zalif, 36, dia bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan lancar dan mereka sepakat memilih 26 Februari 2022 depan sebagai tarikh nikah.
“Syukur alhamdlulillah saya dan bakal isteri kini sedang giat buat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi.
“Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown’, tak boleh nak rentas.
“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. InsyaAllah,” katanya.
Zalif pada masa sama menjelaskan, persiapan menjelang hari bahagia sudah pun melebihi 50 peratus.
“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.
“Selain itu ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturrahim.
“Persiapan pun sudah lebih 50 peratus. Bila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.
Sementara itu, Zalif yang kini turut terlibat bersama ‘team’ produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd menambah, dia dan pasangan memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.
“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja.
“Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.
“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara atas talian atas sebab tertentu.
“Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim tidak dapat menahan sebak dan sayu apabila melihat nasib malang yang menimpa oleh mangsa banjir di sekitar negeri Pahang.
Bukan itu sahaja, aktor berusia 39 tahun ini yang meluahkan rasa sedih turut berkongsi momen perbualan bersama dengan mangsa banjir di akaun Instagram miliknya.
Ashraf bersama dengan krewnya, telah menghantar sumbangan barang keperluan dan makanan kepada penduduk kampung setempat.
“Sayu hati melihat keluarga ini dalam sekelip mata Allah rumahnya dimakan banjir. Tiada apa yg tinggal.
“Yg Allah tinggalkan harta paling berharga iaitu anak2 yg masih kecil bersama mak ayahnya. Ini dugaan yg amat besar bg keluarga ini.
“Rumah rosak habis, katil, peti ais, mesin basuh semualah habis rosak dan mmg tak boleh pakai dah. Allahuakbar.. sedih bila mendengar suara Puan Rohani bila menerima kunjungan kami di bawah pokok sebelah rumahnya dgn longgokan barang2 yg penuh dgn lumpur mengharapkan boleh diguna pakai semula.
“Walaupun dapat melihat keriangan kedatangan kami td tp kita tak tahu betapa sedihnya dia. Saya tanya anak perempuannya Erni yg berumur 13 tahun.. apa yg paling sedih dalam byk brg2 yg hilang?.. dan dia kata buku sekolah.
“Allahuakbar! Air mata terus mengalir.. kesian anak ini.. Sama-sama bantu mereka yg mangsa banjir.. seramai 10 ribu keluarga yg terjejas disebabkan banjir.. MasyaAllah.. kawan-kawan..
“InsyaAllah hari Sabtu ni kami turun semula dgn team utk bantu kelengkapan masjid dan surau2 di Raub. Mereka yg ingin membantu dan menghulurkan bantuan boleh lah salurkan bantuan.
“Sumbangan Mangsa banjir, frontliners dan asnaf serta mereka yang susah boleh melalui Bank Islam : 14195020079140
(Mohd Ashraf Muslim),” tulisnya.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...