Bersempena dengan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut pada 3 Disember setiap tahun, Garang, filem aksi pertama Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia terbitan Sakti Films Sdn Bhd bakal menemui penonton pada 5 Disember ini.

Filem arahan dan idea asal Kan Varren (Varren) ini mengambil inspirasi daripada kehidupan individu sebenar yang merupakan salah seorang pelakon dalam filem ini iaitu Izam yang juga bekas atlit paralimpik dalam acara sukan lumba kerusi roda sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pengarahnya, Varren berkata, selepas melihat sendiri kehidupan yang dilalui oleh golongan OKU di Bengkel Sampul Surat, Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk mengangkat kisah hidup Izam sebagai latar utama dalam filem ini.

“Inisiatif filem ini adalah daripada produser Sakti Films Sdn Bhd, Dakshina Muriti yang juga pengurus di Bengkel Sampul Surat bagi mencari dana untuk membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di bengkel itu.

“Memandangkan sejak kecil hingga dewasa saya membesar di sana dan melihat sendiri kehidupan yang dilalui golongan OKU, saya terpanggil untuk mengangkat kisah hidup Izam yang saya kira sangat menarik kerana dia adalah seorang bekas atlit paralimpik kebangsaan dalam acara sukan lumba kerusi roda.

“Tambahan pula, masih kurang kisah tentang OKU diangkat di layar perak. Saya harap filem ini akan mendapat sambutan dari segenap lapisan masyarakat sebagai tanda sokongan dan galakan kepada golongan OKU.

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

IKLAN

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

“Selain itu, saya juga berharap agar filem ini mencapai matlamat utamanya iaitu untuk membina asrama baru di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat,” katanya.

Varren pada masa sama turut menjelaskan, pihak produksi memberi peluang kepada golongan OKU untuk merasai sendiri pengalaman berlakon di layar perak sekali gus menangkis tanggapan negatif masyarakat.

“Filem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan OKU berlakon dimana disamping dapat mencungkil bakat baru, mereka juga dapat merasai pengalaman yang
istimewa.

IKLAN

“Ia juga dapat menangkis tanggapan negatif masyarakat yang selalu melihat OKU sebagai orang yang tidak berdaya dan mempunyai kehidupan berbeza. Malah penghasilan filem ini juga dapat membantu menambah pendapatan sara hidup OKU yang terlibat dan peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi khasnya kepada pelatih di Bengkel Sampul Surat Batu Pahat, Johor.

“Ini kerana, sebahagian kutipan tayangan filem adalah bertujuan untuk kegunaan projek pembangunan berteraskan kebajikan seperti membina asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat, Batu Pahat menambah baik kilang/bengkel percetakan am dan lain-lain lagi,” jelas Varren.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu dibintangi barisan pelakon seperti Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal), Chacha Maembong, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

IKLAN

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

Ia mengisahkan tentang Izam, seorang atlit paralimpik yang banyak mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.

Dalam satu insiden, Izam telah terbunuh setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Reza (sahabat Izam) telah dipersalahkan. Tanpa diketahui, Izam juga sebenarnya adalah seorang pelumba kerusi roda haram yang dianjurkan oleh penajanya sendiri iaitu Saiful.

Lalu, berlaku konflik dan pelbagai insiden mendebarkan. Jangan ketinggalan untuk menonton Garang di pawagan seluruh negara 5 Disember ini!

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

“Sebahagian Kutipan Untuk Bina Asrama Baru Buat Pelatih OKU” – Garang, Inspirasi Kehidupan Sebenar Bekas Atlit Paralimpik Kebangsaan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI