Menerusi akaun Instagram pelakon senior Zarina Zainuddin telah memuat naik beberapa keping gambar dan video mengenai perkembangan terkini salah seorang anak pasangan kembarnya.
Kongsinya, Muhammad Razil Azrai atau dikenali sebagai Azil dikhabarkan sakit di bahagian pernafasan sebelum ini hingga perlu menjalani pembedahan.
Malah beberapa jam lalu, Zarina turut berkongsi video perkembangan terkini anaknya itu.
“Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya”tulisnya.
Menurut pelakon yang berusia 48 tahun itu pembedahan anaknya itu telah selamat dijalankan dan kini berada dalam keadaan stabil.
“#azilazal #autism#autismawerness#azil Azil setelah operation Cepat sembuh sayang ibu”tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon yang terkenal dengan itu telah mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kepada anak Zarina cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, Zarina telah memaklumkan Azil sebelum ini mengalami sakit sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas akibat menangis dalam tempoh yang terlalu lama, 2 hari lalu.
Sumber : Instagram Zarina Zainuddin