Dikenali sebagai seorang suami romantis dan bapa penyayang, pemergian Ashraf Sinclair nyata menjadi kisah pilu yang tidak boleh dilupakan terhadap dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Tambahan pula, pemergian Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair memberikan kesan mendalam apabila arwah meninggalkan balu, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair, 10 tahun.
Malah, foto dan video hening saat Bunga di samping anaknya turut mengundang sebak saat dia menitiskan air mata bersebelahan pusara insan tersayang.
Lantas, video tersebut meninggalkan kesan terhadap pelakon, Aeril Zafrel sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak.
Ads
“Lihat video ni. Aku terbayang ..mungkin begini situasi isteri dan anak2ku.. bila aku pergi nanti,” tulisnya.
Pendakwah selebriti, Haris Ismail akui turut terkesan dengan tragedi menimpa bayi berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam jagaan pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Melaka.
Menurut Haris atau lebis mesra disapa PU Riz, sebagai pengasuh, mereka seharusnya lebih bersabar dan melayan anak-anak ini dengan berperikemanusiaan dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Apa pun alasan, tidak wajar dan bersifat binatang. Yang menekup anak itu sehingga mati, jika tak mampu bersabar janganlah menawarkan pedih dan dukacita.
“Sebagai jua seorang bapa mendengar rintihan seorang ayah yang kehilangan anak,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, PU Riz turut berharap agar si pelaku dapat bertaubat dan kesal dengan perbuatannya itu
“Bawalah istighfar, sedari dan taubatlah jika benar kerana tak ada harta mahupun kenikmatan yang boleh ditinggal di dunia ini melainkan anak yang soleh.
“Dihancurkan dengan kejam,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar ibu bapa kepada bayi berkenaan diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
“In sha Allah anak itu menunggu ayah ibunya di syurga. Dilahirkan dalam keadaan (suci). Takziah keluarga Baby Al Fateh.
“Jika sesiapa yang mengenali keluarga beliau boleh smpaikan salam saya dan kita sedia bantu mereka dari apa yang mampu. Tolong sampaikan pada keluarga Al Fateh,” akhirinya.
Media semalam melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh suspek.
Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi mendakwa perbuatan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Susulan itu, seorang pengasuh sebuah taska di Kelemak direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau menetapkan tempoh reman bermula Sabtu hingga Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai jaminan masa depan, penyanyi rap terkenal MK K-Clique kini muncul dengan jenama pakaian ‘street wear’ yang dikenali sebagai Threeotwo (302).
Diilhamkan oleh dirinya sendiri bersama bantuan ‘skuad’ kreatifnya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 25, menyimpan hasrat semoga jenama yang baru diusahakan ini menjadi satu ‘branding’ yang besar di peringkat serantau.
“Perkataan ‘threeotwo’ itu membawa maksud hukuman gantung sampai mati. Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering saya sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
“Kiranya dalam rap, saya seperti seorang yang menjatuhkan hukum. Memandangkan perkataan tersebut sinonim dengan saya malah peminat pun sudah sedia maklum, jadi saya gunakan ia untuk jenama bisnes sulung saya ini. Lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauhmana keterujaannya di dalam mengusahakan jenama pakaian tersendiri ini, bintang asal Tawau, Sabah ini mengakui dia ingin berkongsi citarasa di dalam fesyen dan gaya hariannya bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin ada yang kenali saya menerusi lagu sahaja. Jadi kini masanya tepat untuk saya kongsikan perihal gaya kegemaran pula.
“Malah saya sendiri tidak sangka bila kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk menantikannya sebaik saya memberitahu akan mengeluarkan pakaian atas jenama sendiri.
“Jangan risau kerana harganya mampu milik dan sesuai. Saya faham peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan menerusi www.threeotwo.com atau menerus instagram.
Selain berkongsikan perkembangan terbarunya itu, MK turut ditanya mengenai penglibatan bersama jemaah tabligh baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.
Tegasnya, pembabitan bersama golongan itu bukanlah untuk berhijrah secara drastik seperti yang disangkakan. Sebaliknya dia memilih untuk ‘keluar’ untuk cari ilmu dunia akhirat.
“Saya sertainya untuk mencari keseimbangan. Ia juga sebagai antara cara saya untuk insafi diri selain mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kata orang, kalau nak berubah, kita sendiri perlulah usaha dan inilah cara yang saya lakukan. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja,” katanya.
Dia pada masa sama turut menjawab persoalan mengenai kecaman yang diterima kerana masih berani untuk tayang badan di media sosial.
“Saya manusia biasa, tidaklah sempurna dan apa yang terpapar menerusi IG itu merupakan karektor diri. Bahkan, saya pun masih mencari rezeki termasuk di media sosial.
“Cuma kalau nak kaitkan ia dengan aktiviti keagamaan yang saya sertai tempoh hari, ia macam tak adil.
“Saya nak tegaskan di sini, saya tidaklah berubah serta-merta, cuma sedang cuba jadi Muslim yang lebih baik selain nak cari bekalan akhirat. Nak puaskan hati semua memang saya tidak mampu,” katanya lagi.
Foto: MK K-Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...