“Sebak Tengok, Kasih Sayang Anak Kepada Ayahnya,” – Bila Rita Rudaini Kongsi Video Anak Bersorak Harimau Malaya Ke Final

Share

Pelakon, Rita Rudaini berkongsi momen apabila anaknya, bersorak gembira saat Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2018, semalam.

“1st time tgk dia hargai team negara sendiri #Airit,” tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen apabila ramai yang dilihat sebak melihat video itu. Kebanyakannya melahirkan rasa simpati terhadap anak-anak Rita yang hanya mampu melihat ayah mereka dari jauh.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut berkongsi kisah sama dengan pelakon filem Mami Jarum itu.

Sebelum ini, Rita ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Muhammad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqinm 9 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Katanya, ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semula dengan bekas suami demi anak-anak.

Foto/Instagram: Rita Rudaini

Published by
Khaleeda Rashikin