
Gmie Screen merupakan contoh bapa mertua terbaik apabila segera mencium pipi menantu seraya selesai akad nikah anak perempuannya.
Dilabel bapa mertua paling sporting, sebaik sahaja Imam menyatakan sah pada akad, Gmie tanpa berlengah, sambil berdoa terus mencium kedua-dua belah pipi menantu yang dilihat sedang sebak.
Malah, perkongsian video penyanyi lagu Bila Cinta Di Dusta ini yang dilihat memeluk anak perempuannya sambil memberikan pesanan meruntun hati netizen.
Suasana penuh hiba ini menggambarkan perasaan hati seorang ayah yang akan melepaskan anak perempuannya kepada yang lebih berhak.
View this post on InstagramA post shared by @ gmiescreen on
Selamat pengantin baru MH ucapkan kepada Hadirah dan Ridzzuan.
Foto – Instagram Gmie Screen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Makan Kat Sana Jangan Meroyan Pasal Ekonomi,”- Maya Karin Tempelak Trend Bufet Ramadan Yang Harganya Tak Masuk Akal

Aktres, Maya Karin meluahkan rasa geram terhadap senario bufet ramadan di kebanyakan hotel ketika ini yang mengenakan caj sekepala bagai tidak masuk akal.
Menurutnya, walaupun pakej yang ditawarkan agak mahal, meski orang ramai dan kebanyakan syarikat tetap mahu membayarnya.
Rasa kesal itu diluahkan bintang Munafik 2 itu menerusi laman Instagram miliknya.
View this post on InstagramSila hadam.. this a thread, sila Swipe . . #ramadan #foodwaste #exploitation
A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
“I’m so fed up with the ridiculous prices of Ramadan buffets. And people and companies still pay!
“150-200 for adults, 80-100 for kids! Kids! Apa yg diaorang makan? Nasi sikit, ayam sikit, or spagetti sikit,” tulisnya.
Tambah pelakon Ombak Rindu itu lagi, sesiapa sahaja yang sanggup membayar bufet Ramadhan tersebut tidak layak untuk mempersoalkan tentang ekonomi negara.
“I refuse any hotel buka puasa buffet now. Principle. Siapa makan kat sana jangan meroyan pasal economy.
Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #foodwaste dan #exploitation.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen netizen memberikan respon pelbagai terhadap reaksi Maya Karin tersebut.
Pada pendapat MH, ada betul juga apa yang dikatakan oleh Maya itu tetapi segalanya juga bergantung kepada kehendak individu tersebut.
Foto: Instagram Maya Karin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cara Artis Masak Sambil Bercerita Undang Tarikan,” – Tersedia Dalam Pek Kantung, Rasa Sedap Sardin Viral ‘Pukau’ Ramai Orang!

Penggunaan golongan artis dan pempengaruh menjadi nilai tambah buat Sardin Viral pek kantung atau ‘pouches’ pertama seumpamanya di Malaysia menjadi bualan seterusnya pilihan ramai pengguna.
Trend pembelian pek sardin itu termasuk pek kantung kari ayam itu didorong oleh sifat produk dalam bungkusan yang jangka hayat bertahan selama dua tahun dan menyenangkan.
Hanya ‘koyak dan makan’, Sardin Viral dan kari ayam sedia dimakan terus atau boleh dipanaskan terlebih dahulu sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur.
“Cara memasak sambil bercerita dan menyediakan resipi istimewa membabitkan golongan artis antaranya seperti Sheila Rusly, Izreen Azminda, Sharifah Shahira dan juga isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mengundang tarikan untuk ramai mendapatkan produk kami,” Menurut Eksekutif Jualannya, Lokman Hakim Mohamad Rosli.
Diusahakan oleh D’Era Pouch Industries Sdn Bhd, jenama ini menggunakan teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.
“Teknologi retort mungkin baharu di negara, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat dalam medan pertempuran sejak 1950-an.
“Berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin, pek kantung pula melawan arus dan sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjimatkan masa, berkerjaya atau golongan pelajar. Tentunya ia dijamin halal,” katanya lagi.
Selain sardin viral dan kari ayam yang menjadi produk laku keras, dua lagi rangkaian makanan iaitu Baked Beans dan Tomato Puree turut dihasilkan. Malah, ia turut diterbitkan dalam pek kantung mini.
“Kita menjaga kebersihan termasuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap ikan dan sumber makanan lain digunakan. Di Nilai 3 misalnya, kami juga miliki kilang pemprosesan dengan melebihi 100 orang pekerja.
“Teknologi retort sendiri menggunakan kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel.
“Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan makanan dihasilkan. Malah semua makanan dihasilkan perlu juga melalui mesin pengesan logam magnetik untuk mengimbas makanan supaya tidak mengandungi bahan bendasing seperti serbuk besi,” katanya.
Setakat ini saja, 8000 karton sardin dan 2000 karton kari ayam dihasilkan bagi memenuhi permintaan semasa.
“Kita sasarkan jumlah karton itu boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sardin viral sendiri boleh dihasilkan lebih 100,500 karton hingga hujung tahun ini. Manakala kari ayam boleh mencecah 7,000 karton.
“Kami sasarkan hasil jualan tahun ini dengan mempertaruhkan rangkaian produk yang ada boleh mencecah RM12.6 juta,” katanya.
Produk jenama ini mengambil masa hampir setahun untuk melalui proses penyelidikan dan pembangunan (RnD) iaitu pada 2013.
“Kita mempunyai lebih 12 orang yang mengawal pusat pengedaran di sebelah Utara seperti Taiping dan Juru selain Kuala Terengganu. Manakala ejen pula seramai 53 orang di serata negeri.
“Selain itu kita juga menjual produk di 133 pasar raya besar dan 527 pasar raya di seluruh negara. Kita juga mempunyai 42 billboard sebagai promosi di laluan lebuh raya terpilih,” katanya.
Produk 100 peratus milik bumiputera ini boleh didapati di pasaraya terpilih atau layari akaun sosial media mereka untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rapat Dengan Anak Tiri, Mimie Haris Harap Perkahwinan ‘Till Jannah’; “Suami Sangat Hormati Orang Tua.”

Selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengharapkan agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris, 32, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Khairril Anuar Md Dahilin yang juga duda anak satu.
Berkongsi detik perkenalan, Mimie berkata dia dan suami mempunyai lingkungan kawan yang sama malah mereka turut berkongsi hobi serupa iaitu bermain golf.
“Sebenarnya kami kenal daripada mutual friends kami berdua selain memang berkongsi minat yang sama iaitu bermain golf.
“Dari situ kami mula rapat dan apa yang membuatkan saya tertarik dengan suami ialah dia seorang yang sangat menghormati orang tua.
“Dia bukan sahaja hormat ibu bapa saya, malah dengan saudara mara saya. Malah, semua saudara mara sangat menyenangi sikapnya itu.
“Saya mengharapkan perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat, iya lah siapa yang kahwin untuk bercerai kan,” katanya ketika dihubungi MH.
Mimie juga bersyukur hubungannya dengan anak tiri sangat baik termasuk boleh berkawan dengan bekas isteri suaminya.
“Hubungan saya dengan anak tiri sangat baik, dia pun panggil saya ‘mummy’. Dia sangat matang walaupun berusia 10 tahun. Malah, hubungan saya bersama bekas isterinya juga baik.
“Menerusi perkahwinan terdahulu, saya berdoa dikurniakan cahaya mata, dan Alhamdulillah, Allah beri rezeki menerusi perkahwinan ini (anak tiri),” katanya lagi.
Berkongsi lanjut mengenai perancangan bulan madu, Mimie berkata buat masa ini, dia dan suami sudah kembali sibuk dengan kerja masing-masing.
“Buat masa sekarang memang kami sudah kembali sibuk dengan kerja. Kami hold dulu perancangan bulan madu sebab sekarang cuaca pun tidak menentu.
“Kalau ikutkan saya sukakan tempat yang beri ketenangan, macam pulau. Nanti bila keadaan cuaca dah kembali okay, baharulah kami akan fikirkan untuk berbulan madu ke mana,” katanya lagi.
Mimie yang merupakan pengacara program Wow Shop ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020 namun jodohnya tidak panjang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI