Bintang versatil, Elly Mazlein yang telah pun selamat melahirkan anak kedua pada 23 Oktober 2021 di pusat perubatan Andorra Hospital, Selangor meluahkan rasa teruja kerana dikurniakan bayi lelaki, Haider Mateen.

Menurut Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia pada masa sama bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sewakti di labour room, sudah tentu saya mendapat sokongan daripada suami, para nurse dan doktor. Rasa gembira sangat sepanjang melahirkan Haider,” katanya.

Pelakon Kampung People itu berkongsi pengalaman tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram @andorrahospitalofficial baru-baru ini.

Ads

Sementara itu, suaminya Mohamad Azlan Che Nuh turut gembira kerana sudah bergelar bapa.

“Pertama kalikan… jadi memang nervouslah. Tapi bila tatap bayi sudah lahir rasa gembira sangat. Cukup lengkap, dapat sepasang alhamdulillah.

“Semoga jadi anak soleh, moga jadi penyejuk hati mama dan papa serta dapat jaga kakak dia (Putri Sara Sefhia),” katanya yang setia di samping isteri tersayang.

Ads

Berkongsi lanjut, Elly antara lain turut bercerita pengalaman positifnya sepanjang menjalani tempoh bersalin di pusat perubatan berkenaan.

“Sebenarnya saya memang highly recommended sangat, kepada anda mahu mencari di mana tempat bersalinkan Andorra is the best. Sebab apa, ia Islamik.

“Memang sebak waktu nak bersalin tu suami dan nurse bacakan surah Yasin, mendoakan saya moga dipermudahkan urusan bersalin.

Ads

“Lepas tu doktor pun ada berikan doa untuk mudahkan proses bersalin. Bila masuk saja bilik kita akan mendengar bacaan ayat suci al-Quran,” katanya yang turut memuji fasiliti lain yang turut ditawarkan.

Sehingga kini, video berdurasi lebih tiga minit itu sudah pun ditonton hampir 40,000 sejak ia dimuat naik.

Sumber, Foto: Instagram Andorra Hospital, Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI