Usahawan dan selebriti, Neelofa Mohd. Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz ke Kelantan baru-baru ini bersempena dengan Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.
Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, mereka turut menyumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua ekor daripada baka import jenis Charolais bagi tujuan korban.
Ia seterusnya akan diagihkan kepada golongan asnaf di negeri kelahiran bekas hos MeleTOP itu.
Memetik Utusan Online, Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan turut menerima agihan daging berkenaan.
Tambahnya lagi, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.
“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.
Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.
“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.
“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” katanya.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik momen sepanjang majlis menerusi beberapa lampiran di Insta Story Instagtam miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan Online
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI