Bagi anda yang pernah meluangkan masa di sekitar Pantai Teluk Cempedak, Kuantan sudah pasti pernah melihat maskot kartun animasi Hello Kitty yang menghiburkan orang ramai di kawasan peranginan popular di Pantai Timur itu.

Namun di fahamkan, di balik maskot comel tersebut, ialah wanita warga emas yang berusia 56 tahun yang mencari sumber pendapatan dengan cara berkenaan.

Lalu, artis versatil Sharifah Sakinah misalnya turut ada berkongsi cerita mengenai ‘Mak Cik Hello Kitty’ di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, ‘Mak Cik Hello Kitty’ atau nama sebenarnya Siti Endon Ismail pernah tular dan mendapat perhatian di laman media sosial.

“Mak Cik ini menggunakan wangnya untuk membeli kostum Hello Kitty supaya dia boleh mencari sumber pendapatan untuk hidupnya (sekitar Rm30 sehari) dengan mengambil gambar dengan kanak-kanak semasa cuti sekolah di Teluk Cempedak.

Ads

“Kini pantai kosong dan dia sangat merindui ditemani bersama kanak-kanak dan keluarga. Dia tinggal bersendirian dan menjaga kucingnya.

“Semasa kuarantin ini dia tidak ada sumber pendapatan jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke butir-butir ini

Cimb

Ads

7612146453

Siti Endon binti Ismail

Ads

017 2889199

#tanganKananMemberitangankiriTAKPERLUselfie,” tulisnya.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI