Terbaru pelakon Saharul Ridzwan telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia 30 tahun itu telah berkongsi foto yang merakamkan isterinya, Qaabila Deena Amir saat khatam Al-Quran.
Malah kapsyen yang ditulisnya turut menjentik hati ramai.
“3 tahun lepas awak khatam Al-Quran sorang2, InShaaAllah doa saya hari jumaat ni, sebelum Aidilfitri ni kita khatam Al-Quran sama2.
“Ini lah harta yang kita nak bawa sampai akhirat nanti. Amin Ya Rabb.”tulisnya.
Di samping itu, peminat juga turut memuji pelakon asal Raub, Pahang itu kerana bersikap sangat romatik dan penyayang terhadap isterinya.
Alahai, bersemut betul kapsyen Saharul buat isteri. Semoga semua urusan pasangan romantis ini dipermudahkan.
Terdahulu, Saharul dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan