“Siapa tau bilik rahsia aku ni? Memang akan diorang selongkar. Ni baru setempat, kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Makanlah jangan hanya di pandang.
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pon ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.
“Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari.
Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis..senang,” tulisnya.
Jelas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu lagi, stok-stok barangan tersebut turut akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang sedang terdesak atau memerlukan bantuan
Ads
“Siapa tersedak or terdesak kawan-kawan or adik badik, memang diorang tahu nak selongkar mana. Ni la syurga aku.
“Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Nak syampoo ke pencuci baju ke, hahaha memang mudah kena rembat,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut memanjatkan doa semoga lebih ramai orang di luar sana akan dimurahkan rezeki terutamanya untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.
“Yang penting sebelum amik kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ni memang aku paksa. Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.
Ads
“Aku doakan semoga korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum sifat pemurah tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlynn akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Semoga dilimpahi rezeki yang luas kakak dan abang.
“This is what we call heaven untuk mak-mak yang rajin memasak. Doakan saya pun dapat macam ni juga.
Ads
“Wah, idaman setiap wanita.
“Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.
Keakraban yang dijalinkan sebagai suami isteri menjadikan mereka utuh dan bahagia sehingga hari ini.
Malah, hari ini juga genap ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.
“Hidup kita ini terlalu pendek jika ukurannya hanya dunia, kerna itu marilah bersamaku memperpanjangkan hubungan kita dalam kasih sayang yang sejati bersama anak2 permata hati dengan memilih akhirat tujuan utama. @w4w4_zainal,” tulis Aeril sambil disertakan foto throwback.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian pasangan itu.
Untuk rekod, Aril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7 tahun, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 tahun dan Aya Soffya, 8 bulan.
Gaya rambut terbaharu pelakon, Sharifah Sakinah yang tampil hampir botak menarik perhatian netizen dan rakan artis yang teruja dengan perkembangan terkininya itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini memuat naik foto dengan gaya potongan rambut ala watak Demi Moore menerusi filem GI Jane.
Difahamkan, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, kini berada Sweden meluangkan masa bersama suaminya, Michael Hansen yang kembali menetap di negara kelahirannya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengimbau kembali kenangan cinta ditolak selepas puas mencuba, nampaknya kalau jodoh memang tak ke mana.
Fizi Ali berkongsi kenangan di laman Instagram sempena ulangtahun pertama perkahwinannya bersama Shakila Khoriri.
“Pejam celik dah setahun dah gambar ni..18.2.18 tu tarikh kita jadi suami isteri..tak sangka mula2 ingat dia ni tomboy ke pengkid xde perasaan dekat lelaki..sbb kita try langsung x layan..so abam gunakan teknik tanya kawan2 dia apa dia suka,dia lepak mana,ajak semua kawan dia p holiday,ajak main badminton..yang masa tu jadi mangsa @syuhaida.abraz @haelhusaini @tj.8689 @hardy_rb.”
Jelasnya, pelbagai usaha dilakukan namun gagal menambat hati sang isteri.
“Dorang la yang menadah telinga dengar luahan hati abam yang si killa ni tak layan abam..so bila tak berjaya jugak..abam guna last pilihan..abam amek risiko sama ada dapat atau terus hilangkan diri..masa tu abam bagi dia masa seminggu untuk pilih nak cuba hubungan ni atau abam terus pergi dari hidup dia..gertak macam tu baru dia kata kita cuba dulu macam mana..hah dari cuba utk hubungan tu sampai la hari ni,” tulisnya lagi.
Memanjatkan kesyukuran, penyampai radio Suria FM ini berharap dapat menambah ahli keluarga dalam masa terdekat. Yang dalam perut pun belum keluar lagi…
“alhamdulillah terima kasih utk first anniversary kita sayang..insyallah utk tahun kedua kita cuba tambah sorang lagi yea,” tambahnya.
Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.Memiliki lebih sejuta...