Penyanyi rap Loca B lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsi perihal kehidupan peribadi kepada umum.
Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali berkata, keputusan tersebut diambil demi mengelakkan sebarang gangguan yang timbul terutama soal membabitkan keluarganya.
Bagaimanapun Loca mendedahkan dia berstatus ibu tunggal anak seorang sebelum berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Loca B mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alezander yang kini mencecah usia lima tahun.
“Saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ada perkara yang membabitkan keluarga saya yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.
Ads
“Ada perkara yang memang saya simpan sendiri. Bagi saya, lebih baik tidak berkongsi daripada nanti ada pihak yang menganggu.
“Sekarang ini semua orang sudah tahu yang saya ada anak. Orang tak perlu tahu pun cerita yang lebih dalam mengenai kehidupan peribadi saya.
“Saya tak boleh nak kongsi banyak. Cuma, apa boleh dikatakan sebelum berkahwin dengan Tuju, saya ibu tunggal yang mempunyai seorang anak,” katanya.
Ads
Loca B ditemui ketika majlis sesi ramah mesra bersama barisan finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Khamis.
Pada 24 November lalu, Tuju ketika muncul di program MeleTOP mengumumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bintang Aiko.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi bersama lagu Gila ini turut berkongsi dia masih cuba menyesuaikan diri menguruskan anak kecil selepas bersalin anak kedua.
“Saya masih tengah nak susun semula jadual kerjaya dan keluarga tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebab sekarang pun saya hanya fokus pada AJL.
“Bagi saya, kelahiran kedua ini lain sebab saya dapat rasa menjadi seorang ibu semula. Saya kena belajar semula perkara asas sebagai seorang ibu.
“Sekarang saya bekerja, jadi agak sibuk. Ada masa bila kerja, saya dapat masa untuk diri sendiri. Bila di rumah, saya galas tanggungawab sebagai seorang ibu pula,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, beberapa keping foto yang memaparkan kawasan perkelahan di sekitar air terjun di sebuah negeri dipenuhi dengan sampah-sarap tular sehingga menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak.
Pelakon, Jasmin Hamid misalnya turut kesal seterusnya meluahkan rasa terhadap segelintir sikap pengguna yang tiada kesedaran sivik kerana tidak peka untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan baik.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu menyifatkan ia sebagai sikap yang sangat tidak bermoral dan tak wajar dilakukan, lebih-lebih apabila diberikan kelonggaran untuk beriadah.
“Allahuakhbar. Inilah sikap SEGELINTIR Rakyat MALAYSIA yang AMAT MEMALUKAN, PENGOTOR. Bila dikurung MEROYAN. Bila dilepaskan LUPA DIRI. Macam ni ke sikap PENCINTA ALAM?
“Pandai buat SEPAH tapi tak pandai KEMAS, PENGOTOR! Nampak tak apa SIGN kat batang pokok tu? Bila dah kenyang dan seronok picnic, manusia jadi BUTA MATA, BUTA HATI.
“Kalau tak tahu jaga kebersihan alam sekitar, lain kali PICNIC je kat dalam rumah masing-masing. Apalah salahnya bawa SAMPAH tu dan buang di tempah buang sampah yang betul.
“Kesian pada penduduk persekitaran yang terpaksa hidu bau sampah sarap yang di tinggalkan. Tak ada SIVIK langsung. SHAME, SHAME, SHAME…,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bosan, itulah perasaan yang kita hadapi apabila penerbangan yang kita naiki terpaksa ditunda sementara akibat daripada beberapa masalah yang mungkin berpunca daripada cuaca kurang baik dan sebagainya.
Baru-baru ini, terdapat sebuah video daripada seorang penumpang penerbangan daripada Hong Kong ke Bangkok telah berkongsi suasana di dalam kapal terbang di mana seorang pramugari telah menghiburkan kesemua penumpang dengan nyanyiannya.
Pramugari tersebut telah menyanyikan dua lagu, satu lagu berbahasa inggeris bertajuk I’m Yours daripada penyanyi Jason Mraz dan satu lagi lagu berbahasa Thai.
Tindakan pramugari itu untuk menghiburkan penumpang yang sedang bosan menunggu untuk kapal terbang berlepas telah mendapat sorakan dan tepukan yang sangat kuat daripada penumpang dalam pesawat tersebut.
Tidak dapat dinafikan suara yang dimiliki oleh pramugari ini sangat sedap untuk didengar jadi tidak hairanlah jika dia mendapat tepukan dan sorakan daripada penumpang pesawat itu.
Suara yang sedap dan rupa yang cantik membuatkan lagi orang yang menonton video ini juga terhibur mendengar nyanyiannya.
Jom kita dengar pramugari ini menyanyi.
Sikap yang dimilik oleh pramugari ini harus dipuji dan dijadikan contoh kerana dia berusaha untuk membuat penumpang gembira dan seronok walaupun terpaksa menunggu untuk pesawat berlepas.
Sumber: Remaja
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia sudah tidak dapat berkomunikasi dengan isterinya, Fara Salleh, sejak dua minggu lalu selepas disekat di semua platform media sosial.
Perkara...