Pasangan selebriti, Siti Sarah dan suaminya, Shuib kembali berduet menerusi lagu Semakin Benci Semakin Cinta selepas sembilan tahun berpadu suara.

Ternyata, naskhah ciptaan dan lirik oleh Ajai itu pastinya menjadi makna istimewa memandangkan Sarah kini sedang hamil anak keempat mereka.

Sebelum ini, Sarah dan Shuib terlebih dahulu pernah muncul menerusi single Nyawa Itu Cinta yang dilancarkan sekitar tahun 2012 lalu.

Menurut Sarah, meski kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia melihat ini waktu yang sesuai untuk mereka berkongsi karya baharu kepada semua.

Sebelum Bersalin Anak Keempat, Siti Sarah & Shuib Lancar Lagu Duet Selepas 9 Tahun ; “Idea Hadir Daripada Ajai, Dia Ingin Melihat Kami Berduet.” Sebelum Bersalin Anak Keempat, Siti Sarah & Shuib Lancar Lagu Duet Selepas 9 Tahun ; “Idea Hadir Daripada Ajai, Dia Ingin Melihat Kami Berduet.”

“Lagu ini sudah dirakamkan sejak setahun lalu, lebih tepat ketika negara kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang pertama dahulu.

“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.

Ads

“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, jadi inilah waktu tepat untuk diperdengarkan kepada peminat,” katanya.

Meski tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ini bukanlah babak kehidupan yang dilalui pasangan ini. Namun, ia dilihat sesuai untuk dihayati berdasarkan situasi semasa ketika ini.

“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.

“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama.

Ads

“Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang. Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, pelawaan Ajai untuk berduet tidak dipandang sepi oleh Shuib. Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang kini sedang berbadan dua, besar harapannya untuk melihat lagu ini diterima baik pendengar.

Sebelum Bersalin Anak Keempat, Siti Sarah & Shuib Lancar Lagu Duet Selepas 9 Tahun ; “Idea Hadir Daripada Ajai, Dia Ingin Melihat Kami Berduet.”

Sebelum Bersalin Anak Keempat, Siti Sarah & Shuib Lancar Lagu Duet Selepas 9 Tahun ; “Idea Hadir Daripada Ajai, Dia Ingin Melihat Kami Berduet.”

Ads

“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar.

“Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar. Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini,” katanya.

Dia pada masa sama menambah, Ajai tahu tentang kemampuan vokalnya dan apa yang diciptakan itu ‘kena’ dengan mereka berdua. Seterusnya, memudahkan proses rakaman.

Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music.

Lagu ini sudah boleh distrim menerusi semua platform digital dan lirik video boleh ditonton di YouTube bermula 22 Jun lalu.

https://youtu.be/QdOYku0hQsk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI