Sedia dikenali sebagai antara selebriti yang sering kali berkongsi mengenai perkongsian hidup menerusi media sosial, pelakon Adam Corrie selagi lagi cuba menginsafi diri apabila memuat naik mengenai perjalanan hidupnya yang lalu.
Menerusi posting yang dikongsi beberapa hari lalu, Adam memberitahu dia dilahirkan di dalam keluarga beragama Buddha dan kemudiannya dia pernah menjadikan Atheis sebagai panduan hidup. Sekali gus tidak percaya pada tuhan.
Bagaimanapun, dia tersedar hidup tanpa pegangan adalah kosong, lalu diberikan hidayah setelah mencari kebenaran.
Lalu menerusi ruangan kapsyen, Adam turut mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi daripada pengikutnya di media sosial mengenai isu berkaitan.
“Dan orang-orang yang selalu mengikuti petunjuk (agama Allah Ta’ala) maka Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya” (QS Muhammad: 17).
“Ramai yang DM pasal melayu declare mereka Atheis. Saya doakan mereka diberikan taufik dan hidayah. Syukur alhamdulillah beruntungnya bg mereka yang dilahirkan dlm keluarga Islam, tak perlu tercari-cari sinar islam. Cuma perlu amalkan sahaja,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #adamcorrie
Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 35,000 komen dan rata-ratanya memberi dedikasi kesyukuran atas kehidupannya sekarang.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI