Tulisan jawi merupakan seni warisan negara yang harus kita hargai. Jawi merupakan sebuah medium penulisan yang telah menjadi satu seni dalam menyampaikan maklumat sejak dahulu lagi, bukan hanya orang Melayu yang boleh membacanya, bahkan kaum-kaum lain juga fasih membacanya.

Harus diingatkan yang tulisan Jawi bukanlah bermaksud satu gerakan Islamisasi, Jawi adalah sebuah cara penulisan. Jenama digital dan majalah khas untuk fashionista bertudung, Hijabista, kini telah menjalankan satu kempen memperkasakan tulisan jawi dengan melancarkan edisi khas Majalah Hijabista 100 % dalam tulisan Jawi yang dihadirkan bersama kotak dan hadiah istimewa buat pembaca.

“Sebelum Hilang Baik Kita Selamatkan,” -Jihan Muse & Amyra Rosli Sokong Usaha Memperkasakan Seni Tulisan Jawi

Turut serta memberikan pendapat di dalam kempen ini ialah selebriti popular tanah air, Jihan Muse dan Amyra Rosli. Mereka berdua yang ditemubual menerusi rancangan bual bicara digital The Hijabista Show berkongsi buah fikiran dan pandangan apabila diajukan persoanalan mengenai isu ini.

Jihan berpendapat, “Jawi dan tanah melayu berpisah tiada. Ia merupakan kita khazanah, budaya dan asal usul. Kalau kita lupakan nanti tak mustahil seni ini akan ada di muzium sahaja nanti. Kita tak nak jawi jadi bahan kajian arkeologi, jawi ni bukannya dinasaur yang sudah pupus. Jadi sebelum ia hilang baik kita selamatkan.

Ads

Sekurang-kurangnya semasa saya membesar ia ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, zaman sekarang saya tak tahu, mungkin ada mungkin tidak. Ataupun perlu dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah, bahagian ini mungkin Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan. Ini supaya anak-anak muda tahu tentang sejarah jawi dan boleh mempraktikkan.”

“Sebelum Hilang Baik Kita Selamatkan,” -Jihan Muse & Amyra Rosli Sokong Usaha Memperkasakan Seni Tulisan Jawi

Manakala, Amyra pula melontarkan buah fikiran tentang isu ini dari perspektifnya sendiri. Ujarnya, “Seperti yang kita tahu, tulisan jawi merupakan satu seni penulisan yang sudah lama wujud. Namun dah terpinggir sebab kita dan ada huruf rumi. Kadang-kadang Mira tertanya adakah kita tak cukup bangga dengan zaman kegemilangan jawi dahulu yang menjadi satu jabatan keilmuan.

Ads

“Hari ini sudah menjadi satu tanggungjawab untuk kita memartabatkan tulisan jawi melalui usaha pemuliharaan, pemeliharaan dan pengembangan bagi mengelakkan masyarakat turutamanya golongan muda menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca dan menulis tulisan jawi.”

Usaha Hijabista ini dilihat sebagai satu cara untuk memupuk masyarakat masa kini untuk mengimbau kembali pembacaan dan penulisan Jawi.

Ads

“Sebelum Hilang Baik Kita Selamatkan,” -Jihan Muse & Amyra Rosli Sokong Usaha Memperkasakan Seni Tulisan Jawi

Menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan dan menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.

“Sebelum Hilang Baik Kita Selamatkan,” -Jihan Muse & Amyra Rosli Sokong Usaha Memperkasakan Seni Tulisan Jawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI