Sebut sahaja nama figura ini, siapa yan tidak mengenali usahawan serta pengasas jenama Naelofar Hijab yang juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa) yang merupakan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail.
Terdahulu, Neelofa pernah berkongsi bagaimana suaminya telah berjaya mengubah perspektif dirinya tentang ‘konsep rezeki’ dalam Islam.
Dulu Tak Pernah Rasa Cukup!
Perkara berkenaan dimaklumkan Lofa ketika membuat siaran langsung di laman Tik Tok bersama rakan artis, pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Jelas Lofa sebelum ini dia terlepas pandang, konsep bersyukur walaupun telah dikurniakan banyak rezeki oleh Allah. Malah dia sentiasa merasa kekurangan dan tidak mencukupi dengan apa yang diperolehinya.
“Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup.
“Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran.
Ads
“Family saya menjadi saksi daripada saya tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap ini. Bila ada orang baru masuk dalam hidup saya, daripada sudut pandangan dia pandang saya berbeza,” ujarnya.
Selain itu, Lofa turut berkongsikan kepada Sarah, bagaimana Haris berjaya mengubah persepsi dirinya melihat konsep rezeki dan kesyukuran dalam Islam walaupun menerima rezeki hanya sebesar zarah sahaja.
“Dia (Haris) selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur sebab apa yang Allah bagi pada saya, tak sebanyak macam Allah beri pada orang lain. Contohnya, orang-orang yang minat dan sokong saya, sentiasa mendoakan awak dan itu adalah salah satu bentuk rezeki juga.
Malah, Lofa akui kerana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa mendapat perhatian dan ‘spotlight’ dari peminat, cara dirinya melihat konsep rezeki dahulu agak berbeza berbanding sekarang.
Haris Sangat Menghargai Setiap Pemberian Yang Diterima Dari Orang Lain.
Ads
Jelasnya, ketika itu, dia sentiasa merasa mahukan sesuatu lagi dan lagi dan tak pernah merasa cukup.
Ujarnya lagi, ini sangat berbeza dengan perilaku Haris yang sangat menghargai sekecil-kecil pemberian yang diterima dari sesiapa pun.
“Haris ni benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargainya. Pada saya perkara tu sangat mudah dan biasa.
“Tapi apabila dia zahirkan benda tu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara, jadi lama-lama saya sedar mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu,” dedah Lofa.
Justeru daripada perilaku Haris ini, Lofa akui dia dapat belajar banyak perkara melibatkan rezeki dan mengapa kita perlu bersyukur terhadap setiap sesuatu yang diberikan Allah di dalam kehidupan kita.
Ads
“Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula.
“Katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, rumah berpuluh biji tapi semua itu belum janji kebahagiaan.
“Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” jelasnya.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pengacara Iesya Toh meluahkan rasa kesal apabila berlaku kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa kini.
Malah, Iesya berkongsi wajah penuh seorang bayi lelaki yang sempurna sifatnya dibuang ke dalam tong sampah oleh individu yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
“Lagi dan lagi dan lagi… Bayi lelaki ni dah 2 bulan. Masa jumpa DALAM TONG SAMPAH di Masjid Al Azim, Pandan Indah.
“Ibunya mana? Sanggup biar TAK BERJAHIT lepas bersalin? Ada kesan dik.. jgn pndang remeh.
“Yang tanggung org pmpn. Lelaki dah lepas tangan!,” kongsi pelakon dan hos ini.
Dalam masa sama, Iesya mahu membela nasib bayi berkenaan.
“I’m here to help.Not judge! Yang nak jaga boleh ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Darrah Hulu Langat,” jelasnya sambil disertakan hashtag #JgnBuangBaby
Terdahulu, Iesya pernahmenerima Direct Message (DM) di Instagram berkenaan kes sama yang menimpa seorang bayi perempuan di Kuantan,Pahang baru-baru ini.
Bintang dari Singapura, Farhan Shah yang menyampaikan lagu Sesuatu Janji, dipopularkan oleh Taufik Batisah diumumkan sebagai peserta Big Stage musim kelima (BS5) yang mendapat markah terendah, iaitu 37 peratus.
Menduduki tangga paling corot di kalangan 12 peserta lainnya, Farhan bagaimanapun boleh menghela nafas lega apabila tiada penyingkiran pada minggu sulung saingan.
Dua lagi peserta yang turut berada dalam kelompok ‘bottom 3’ ialah Isaac Voo dan Meer Nash.
Sementara itu, peserta duo Korea Selatan, Hoondoo sukaes apabila mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus.
Hoondoo turut memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Girl group, COEX pula di kedudukan kedua dengan markah 78.67 peratus diikuti penyanyi dari Indonesia, Waode dengan markah sebanyak 76.67 peratus.
Dikongsi kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional dan carta peratusan undian dalam talian.
Bertemakan Manifesto, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Eriyca Baiduri yang sinonim disapa sebagai Madammu tampil menjawab komen netizen menerusi platform TikTok baru-baru ini yang tular.
Menerusi komen berkenaan, seorang netizen meninggalkan komen; ‘cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.’
Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada tahun 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan seorang yang kaya raya sebagaimana ditebak ramai pihak.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik.
“Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan komen itu,” katanya.
Tambah Eriyca, mereka bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain berjaya membina empayar bisnes jenama Noir Health & Beauty (Noir).
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya lagi.
Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
Hantaran video berkenaan sehingga kini mencecah lebih 1.1 juta tontonan, bersama ribuan komen yang diberikan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!