“Sebelum Ini Hidup Saya Sendu, Kerja Pun Tak Tentu,” – Aniq Suhair

Share

Setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite pada malam final Hero Remaja 2020 lalu, Aniq Suhair ada berkongsi rahsia di sebalik kejayaan tersebut.

Menurut Aniq, dia sememangnya amat rapat dengan para peminatnya dan hampir setiap hari dia akan cuba meluangkan masa untuk berinteraksi bersama mereka.

“Alhamdulillah dan terima kasih. Saya sendiri tak jangka pun semua ni dan tak pernah rancang apa-apa pun. Ia datang sendiri. Mungkin ini kelebihan yang saya ada berbanding orang lain.

“Sebenarnya tiadalah rahsia sangat. Saya dengan fans saya sama je macam orang lain cuma saya banyak communicate dengan mereka.

“Tanyakan khabar, macam mana hari mereka, ucap good morning dan good night.

“Bila kita dah jadi public figure dan ada orang yang menyokong, kita tak boleh sombong dan harus humble sentiasa,” jelasnya.

Akui kini harus berkongsi sebahagian daripada kehidupannya selepas bergelar selebriti, Aniq menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadi dirinya sendiri.

“Dalam dunia ni ada orang yang suka kita dan ada juga yang tidak. Saya tak boleh nak puaskan hati semua pihak sebab saya hanya manusia biasa.

“Saya hanya jadi diri sendiri dan untuk mereka yang tak suka, itu saya tak boleh nak buat apa. Yang suka tu teruskan support saya.

“Mereka sokong saya dari hari pertama dan apa yang saya mampu balas semula adalah saya ingin buktikan yang saya boleh majukan diri dalam industri seni.

“Saya nak satu hari nanti mereka tidak menyesal menyokong saya. Saya mahu buktikan sokongan mereka pada saya tidak salah dan sia-sia,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, jejaka asal Kuala Lumpur itu turut mendedahkan bahawa kehidupannya banyak berubah sejak menyertai program Hero Remaja 2020.

“Sebelum sertai Hero Remaja 2020, hidup saya sangat sendu. Fokus saya hanya study dan kerja dekat kilang.

“Lepas join program ni alhamdulilah rezeki semakin luas. Jika sebelum ini hidup saya tidaklah terlampau sibuk siang study malam pula kerja. Kerja pun tak tentu.

“Selepas join program ini, kehidupan saya agak sibuk dengan shooting dan sebagainya. Itu yang saya mahu sebenarnya. Busy itu yang saya enjoy,” kongsinya lagi.

Tambah Aniq lagi, dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin mengambil kesemptan terhadap popularitinya asalkan tidak melampaui batas.

“Kalau mereka ingin gunakan saya, asalkan saya dapat exposure saya tak kisah. Itu win-win situation.

“Tapi kalau dah melebihi batas, tidak senonoh atau tidak menyeronokkan, mungkin saya akan pertimbangkan dahulu,” akhirinya.

Terdahulu, Aniq baru sahaja muncul menerusi drama terbaru berjudul Kebaya Kasut Kanvas bersama seorang lagi rakan artis, Nabila Razali.

 

Published by
Aizam Manaf