Tular di laman sosial apabila usahawan Sajat memuat naik beberapa keping foto ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.

Tindakannya yang dilihat mengenakan telekung dan memasuki tempat solat wanita menimbulkan reaksi pelbagai dan difahamkan, sudah dibawa ke pihak atasan.

Jelas PU Amin di laman Facebook, ramai petugas umrah di Mekah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana menganggap tindakan Sajat sebagai jenayah, lebih-lebih lagi tindakannya memasuki tempat solat yang dikhaskan buat kaum wanita.

Saya dapat makluman dari rakan rakan petugas umrah Makkah , kes sajat dan kawan kawan nya telah dibawa ke pihak atasan , ke kementerian haji umrah dan kementerian perlancongan .

“Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa . Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita .

"Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka . Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara . Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang . Pelbagai perkara boleh berkait . Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,” jelasnya.

IKLAN

Malah penceramah bebas ini turut menyatakan visa pelancong untuk pengunjung dari Malaysia turut disekat hari ini namun tidak dapat memastikan sama ada ia berkaitan dengan isu Sajat mahupun tidak.

“Kata mereka juga ‘Hari ini’ pula visa tourist telah disekat oleh kerajaan arab saudi . Ada kaitan atau tidak wallahualam , kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa perlancongan . Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerjaan arab saudi sebelum ini,” ulasnya lagi.

Menurutnya, pihak agensi telah memberi makluman awal agar semua jemaah menunaikan umrah mengikut gender, namun Sajat telah melanggar perjanjian.

IKLAN

“Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini . Travel juga kata mereka langgar perjanjian . Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka . Ini bermakna travel tidak bersalah . Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah . Kesian juga travel kena hentam . Semua ustaz ustaz kita tu .

“Menjadi pengajaran kepada kita semua . Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita,” kongsinya.

PU Amin menegaskan menunaikan umrah ialah satu ibadah yang harus dan baik, namun menjadi kesalahan sekiranya melanggar perjanjian dan bercampur jemaah dengan jantina lain.

IKLAN

“Sajat dan kawan kawan pergi umrah tak salah . Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan kawan . Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan , bercampur dengan jemaah wanita .

“Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah . Tak jadi masalah . Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki . Mereka ikut kaedah dan cara disini. Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui,” kongsinya panjang lebar.


Terdahulu, tindakan Sajat memakai telekung dan bersolat di tempat solat wanita mencetuskan kemarahan netizen dan menganggap tindakannya sebagai keterlaluan.

Foto : Facebook PU Amin.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI