Pelakon dan hos, Datin Fouziah Gous ada berkongsi beberapa keping gambar dan rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous telah berkongsi ketika melawat seorang kanak-kanak bernama Hanez Nabila yang menghidap penyakit hati di kota Singapura, beberapa bulan lalu.
Kongsi pelakon yang berusia 33 tahun itu, adik Nabila merupakan salah seorang daripada peminatnya.
Di samping itu, Fouziah turut meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk bertemu dengan adik Nabila yang kini semakin pulih dan kembali sihat.
“Sebelum ini saya tidak pernah share tentang adik Nabila ini. Semuanya bermula bila ibunya menghantar message melalui Dm tentang adik Nabila yg merupakan fan saya. اَلْحَمْدُلِلّهِdgn izin Allah saya dapat melawat anak ini di hospital ketika saya berada di Singapore atas urusan kerja beberapa bulan yg lalu.
“Saya hanya mampu bersyukur atas kurnian rezeki melalui @fgwalet yg banyak membantu dan memberi manfaat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
“Semua ini pastinya berlaku hanya kerana izin Allah. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِsegala puji pujian hanya bagiMu Ya Allah,” tulisnya.
Malah, Fouziah turut memaklumkan, kanak-kanak berkenaan sudah pun menderita dengan penyakit tersebut sejak lahir.
“Sejak lahir lagi, adik Hanez Nabila telah dibelenggu dengan penyakit hati. Sehingga usia enam tahun, Hanez menderita sehingga kondisinya memerlukan dia melakukan pembedahan pemindahan hati.
“Walaupun begitu, harapan untuk Hanez pulih seperti kanak-kanak lain amat tipis kerana semasa hatinya tidak berfungsi dulu, nutrisi yang diperoleh oleh tubuhnya tidak bagus dan menyebabkan banyak masalah dalaman badan.
“Doktor sendiri tidak yakin untuk Hanez hidup lebih lama. Namun berkat kuasa tuhan, ibu Hanez disarankan untuk memberi anaknya minuman sarang burung dan Alhamdulillah, selepas setahun lebih mengamalkan, keadaan Hanez bertambah baik.
“Menurut ibunya, imuniti badan anaknya semakin kuat dan selera makannya juga bertambah. Dia kian aktif seperti rakan-rakan yang lain. Satu kelegaan dalam hidup mereka apabila Hanez Nabila diberi peluan kedua. Terima kasih Puan Feeza @feeza_hanez kerana sudi untuk berkongsi pengalaman anda bersama kami,” tulisnya.
Lantas, perkongsian Fouziah mendapat perhatian dan pujian daripada peminatnya.
Alhamdulillah, semoga segala kebaikan yang dilakukan oleh Fouziah mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.
Foto : Instagram Fouziah Ghous