Tidak dinafikan, video dari S Pavithra kini kian berjaya menambat hati rakyat Malaysia melalui perkongsian video memasak pelbagai menu yang dikongsikan menerusi saluran YouTube.
Malah, menerusi ‘video masak’ yang dikongsi, dia dan pasangan turut fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Terbaru, Pavithra ada berkongsi berita gembira apabila dia menerima hadiah yang tidak disangka-sangka dari Perdana Menteri.
Dalam satu perkongsian, dia dikatakan menerima kad ucapan, selain tripod serta beberapa bingkisan lainnya dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya sangat gembira dan terharu. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri) kita dan saya mendapat banyak barang masakan dan juga barangan elektrik.
“Saya dapat banyak barangan masak, jadi kami rancang hujung minggu ini nak masak untuk jiran-jiran.
Ads
“Satu lagi… Saya ada satu hadiah istimewa, dapat tripod besar. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan tripod dan saya mendapat tripod ini daripada PM kita. Jadi saya bangga dan sangat gembira,” antara ucapannya yang dikongsikan menerusi paparan video terkini.
Menerusi video sama, Pavithra turut berkongsi barangan yang diterima selain cuba membangunkan tripod yang dihadiahkan.
Sementara itu menerusi Berita Harian, dia dan suami, M Sugu tidak menyangka atas kejutan yang diterima daripada pemimpin negara.
Malah dia turut menjelaskan, PM ada berpesan, andai menyediakan masakan, bolehlah juga bagi jiran merasa.
Ads
“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.
“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM.
“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Video berkaitan juga sudah pun ditonton hampir setengah juta kali disusuli dengan ribuan komen dari wargamaya.
Terdahulu, Pavithra dan Sugu mulai berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu.
Sehingga kini, ia sudah pun mempunyai lebih 400,000 pengikut dan video masakannya juga turut mendapat perhatian penonton dari luar negara.
Foto: YouTube Sugu Pavithra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadiyah Shahab mengakui tidak sabar untuk timang cahaya mata selepas lebih tiga bulan bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan, Ben Ali.
Katanya, sebagai pasangan yang gemarkan kanak-kanak, dia dan suami tidak sabar untuk membina keluarga sendiri.
“Kita sebenarnya nak anak secepat mungkin. Ben terutamanya memang gemarkan kanak-kanak. Ia juga antara faktor mengapa kami tidak menjalin cinta dengan terlalu lama. Lebih baik mendirikan rumah tangga dan bina keluarga,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai jantina anak pertama yang diidamkan, Nadiya berharap dia dan suami akan dikurniakan anak lelaki sebagai anak sulung andai diberikan zuriat cahaya mata kelak.
“Kalau ada rezeki, kami nak anak lelaki sebab secara dasarnya lelaki merupakan ketua kepada keluarga dan kalau anak sulung lelaki, harapnya dia boleh jaga adik-beradik lain dengan lebih baik. Apa pun, kami terima sahaja kalau ada rezeki,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Nadiya juga tidak melihat penglibatannya dalam lakonan akan terjejas sekiranya mendapat tahu dia hamil ketika sedang rancak membina nama.
“Bagi saya situasi ini terpulang keadaan sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Cumanya bagi saya, kalau produksi okay dan kandungan berada dalam keadaan baik, saya tidak kisah untuk terus berlakon selagi terdaya.
“Malah Ben juga menjadi individu yang paling kuat memberikan semangat,” katanya yang pernah tersenarai dalam Top 20 Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019, baru-baru ini.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirkan rumah tangga pada 10 November tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom bersyukur kerana tetap diberi tawaran dalam lakonan.
Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata ini memuat naik foto skrip projek baharunya, Sherry Supir arahan Malek Rahman.
Dia pada masa sama juga berkongsi tips yang dilakukannnya tiap kali menerima tawaran lakonan.
“Kepom jadi drebar la dik. Nama pulak Sherry ek. Tak nak kalah walaupun drebar. Nama tak boleh drop dik. Nama kena good-good. Alhamdulillah peluang demi peluang. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Ujarnya lagi, dia akan membaca skrip sejurus mempunyai masa sendiri selepas menguruskan anak-anak.
“Bila anak-anak dah tidur, baru boleh baca skrip. Buat note bagai. Nape kena buat note bagai? Supaya kau tak tepingga pingga, tak ternganga-ngangga dekat set.
“Yang paling piala ,bila kau tak tahu drama tu cite ape. Kau memang ko memang betul-betul drop la mase tu dik. Ko memang meminta untuk dibaling mesin jahit jenama singer yang dipinjam dari Kak Leha yang duduk di Taman Serabut,” tulisnya lagi.
Pengacara dan hos televisyen senior, Datuk Aznil Nawawi atau lebih sinonim disapa Pak Nil menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi beberapa foto memorinya sepanjang kerjaya.
Foto yang merakamkan dirinya naik ke pentas untuk menerima anugerah nyata memberi 1001 memori buat bintang berusia 57 tahun itu.
“Buruk atau Baik itu masa lampau kita.
Selagi Allah beri kesempatan bernafas, bermakna Allah beri kesempatan untuk kita jadi lebih baik.
“Terima kasih pada masa lalu kerana meletakkan di mana saya kini #30TahunPaknil 1990-2020 sbg host tv,” tulisnya penuh makna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji skil pengacaraan Pak Nil selain ada yang berkongsi kisah masing-masing.
Pak Nil sebelum ini cukup dekat menerusi beberapa program misalnya Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Macam-Macam Aznil, Mikrofon Impian, Jangan Lupa Lirik dan banyak lagi.
Foto : Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi...