Pelakon Rita Rudaini menafikan dakwaan dirinya sebagai sebagai antivaksin sebaliknya selesa disebut sebagai ‘prosafe’.
Rita meminta ramai mengkaji terlebih dahulu makna gelaran berkenaan sebelum menggunakannya.
Malah menurutnya lagi, dia sebelum ini pernah mengambil suntikan vaksin, misalnya ketika ingin mengerjakan umrah dan suntikan-suntikan lain sewaktu kecil.
Perkongsian tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories.
Ads
“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dulu makna antara Antivaksin dan prosafe. You alls can call me prosafe.
Ads
“Kalau sistur antivaksin, tak adalah sistur ada cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin waktu kecil termasuk anak-anak.
“Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu. Biar objek dan makna selari.
Ads
“Hi, im Rita Rudaini and i am prosafe,” tulisnya sebagai mengulas kenyataannya di dalam Harian Metro.
Di dalam kenyataan tersebut Rita mengakui berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila ia diiktiraf di seluruh dunia.
Pada masa sama, Rita juga mendedahkan dia dihentam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya selain prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua, Rokkiah Md Noor yang sangat baik terhadap dirinya sekeluarga.
Malah, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kini berasa sangat gembira dan bahagia kerana memiliki jalinan yang akrab bersama ibu mertuanya.
Dedikasi tersebut dikongsikan bintang berusia 35 tahun itu bersempena dengan hari jadi wanita berkenaan yang ke-60.
“Life has given me plenty of reasons to be happy, and you are one of them. I couldn’t wish for a better mother in Law.
“Happy 60th Birthday to the best MIL in the world! I love you Ibu.
“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. @itsaidilaziz @ishak_abdulaziz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 bakal dilanjutkan sehingga 12 Mei depan seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, pada Khamis malam.
Lalu penyanyi dan pelakon, Zarul Husin misalnya ada memberi kata nasihat kepada pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Vokalis kumpulan Umbrella ini menasihati agar semua meneruskan perjuangan untuk menangani wabak Covid-19 dalam bulan ramadan meski tempoh PKP dilanjutkan selama 2 minggu.
“Its ok gais ..tambah lagi 2 minggu PKP, teruskan jihad kita dlm bulan Ramadan ni – #wecandothis #kitajagakita #covid19 #rahmatramadhan #doayangbaikbaik jangan lupa niat puasa yer,” tulisnya.
Usahwan kosmetik, Eriyca Baiduri akhirnya berkongsi foto anak pertamanya, Ahmad Kayden Muhammad Azri di media sosial, hari ini yang sekaligus mencuri perhatian warganet.
Eriyca yang sinonim dengan sapaan Madammu itu turut berkongsi perkembangan bayi lelakinya itu yang kini genap tiga bulan usianya.
“Assalamuikum aunty semua, saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.
“Hari ini Genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kilogram. Saya sangat aktif dan suka ketawa! Gambar ni khas untuk aunties yang mengikuti journey IVF Mummy saya dari awal sehingga berjaya.
“Tidak lupa kepada Dr Haris (Dari Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz (Dari Prince Court) yang banyak membantu Mummy saya dalam proses IVF dan melahirkan saya.
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik & jadi anak taat serta berjaya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Kematian pelakon Michelle Trachtenberg, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular Gossip Girl, telah mengejutkan dunia hiburan. Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di apartmennya...