Pelakon Rita Rudaini menafikan dakwaan dirinya sebagai sebagai antivaksin sebaliknya selesa disebut sebagai ‘prosafe’.
Rita meminta ramai mengkaji terlebih dahulu makna gelaran berkenaan sebelum menggunakannya.
Malah menurutnya lagi, dia sebelum ini pernah mengambil suntikan vaksin, misalnya ketika ingin mengerjakan umrah dan suntikan-suntikan lain sewaktu kecil.
Perkongsian tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories.
“Kalau sistur antivaksin, tak adalah sistur ada cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin waktu kecil termasuk anak-anak.
“Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu. Biar objek dan makna selari.
“Hi, im Rita Rudaini and i am prosafe,” tulisnya sebagai mengulas kenyataannya di dalam Harian Metro.
Di dalam kenyataan tersebut Rita mengakui berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila ia diiktiraf di seluruh dunia.
Pada masa sama, Rita juga mendedahkan dia dihentam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya selain prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.