Usahawan dan pelakon, Tya Arifin memaklumkan dia telah membawa anak lelakinya, Arif Jiwa untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi menjalani ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota, baru-baru ini.
Menurut Tya, anaknya itu dikatakan kerap kali mengalami masalah pernafasan dan bersin tanpa henti.
Katanya lagi, Arif telah pun diberikan pelbagai jenis ubat namun keadaan difahamkan masih lagi tidak berubah.
“Sebelum ini Arif memang suka ada masalah susah nafas, bersin bersin.
Suka datang suka pergi dan datang lagi
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk or selesema. Minumlah obat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Karna tak puas lagi, so datanglah ke dokter allergic untuk test,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Hasil pemeriksaan tersebut, ternyata anaknya itu bukanlah mengalami alahan terhadap makanan sebaliknya ia lebih cenderung kepada habuk dan debu.
Katanya lagi, sebagai langkah berjaga-jaga, tahap kebersihan di rumahnya harus dipertingkatkan selepas ini.
“Jadi buat test allergic pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai hewan peliharaan pun ditest, tu yang kenapa belakang arif titik titik.
“Alhasil, Arif memang allergic DEBU / Dusk.
Kena selalu liat pertama, kebersihan carpet, bantal, langsir. Kedua, kena tukar 5-7 hari sekali.
“Ketiga, bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. Empat, elakkan tempat berkarpet,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Tya turut menasihati ibu-ibu di luar sana untuk segera mengenal pasti punca alergik anak-anak mereka agar ia boleh dirawat daripada peringkat awal.
“Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc ternyata debuuu je. Good news for him. Semoga bermanfaat ibu ibu,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Arif Jiwa, 2, merupakan anak sulung kepada Tya dan suaminya, Ashraf Khalid yang telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2015.
Tua menimang cahaya mata kedua, Azzahra Jiwa Asyraf pada Mei 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Tya Arifin