Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhami Saad menyifatkan keputusannya untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah harian biasa sebagai langkah tepat, lebih-lebih lagi setelah kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Jelas Suhaimi, keputusan kerajaan itu membuktikan manusia tidak seharusnya bergantung harap kepada sijil pelajaran semata-mata, sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada rezeki tuhan.
“Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak.
“Nanti anak-anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja. Payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.
Ads
“Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantungharap pada Tuhan. Bukan makhluk.
“Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, kejayaan seseorang manusia itu bukan hanya boleh diraih menerusi bidang pelajaran semata-mata tetapi banyak lagi cabang-cabang yang lain.
Awal minggu lalu, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.
Ads
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan memansuhkan UPSR dibuat hasil penglibatan daripada pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu akibat COVID-19.
“Sejak pembatalan UPSR tahun lalu, kementerian membuat penelitian mengenai kaedah pentaksiran, kita juga melihat apa kaedah terbaik dilaksanakan di negara lain, di peringkat sekolah rendah. Kemudian kita meneruskan dengan libat urus bersama guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan berkaitan.
“Hasilnya, kita mengambil keputusan bahawa UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber: Instagram Suhaimi Saad & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga bulan dikurniakan cahaya mata ketujuh, penyanyi terkenal, Faizal Tahir akhirnya berkongsi kisah mengenai kelahiran anak bongsunya itu.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Maryam Tahirah yang juga merupakan hasil gabungan nama daripada ibu Nabi Isa dan Allahyarham bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada September tahun lalu.
Katanya lagi, anak bongsunya itu merupakan cucu yang paling dinanti-nantikan oleh arwah bapanya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan daripada Illahi.
“Salah satu benda baru untuk 2022 ni bagi saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh Alhamdulillah. Jadi, anak ketujuh saya ni merupakan anak perempuan. Saya dah ada tiga anak lelaki dan empat perempuan.
“Nama yang kami pilih adalah Maryam Tahirah. Maryam diambil sempena nama ibu Nabi Isa dan Tahirah adalah sempena dengan nama ayah saya Mohd Tahir yang telah kembali kepada pencipta.
“Anak saya yang ketujuh ini merupakan cucu yang ayah saya paling tak sabar nak jumpa. Ayah saya selalu sebut ‘Bilalah boleh jumpa?’ tapi dia tak sempat jumpa. Maka itu perancangan Allah. Allah dah tentukan. Itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita tak tahu. Selalunya kita tak tahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi entri yang sama, Faizal turut mendedahkan anaknya itu telah mengalami beberapa komplikasi serius ketika di dalam kandungan.
Disebabkan komplikasi tersebut, pihak doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami simptom down symdrome.
Bagaimanapun, penyanyi lagu, Assalamualaikum Dunia ini memaklumkan dirinya menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah. Di mana Maryam ni sewaktu dia dalam kandungan isteri saya, doktor dapat kesan beberapa masalah.
“Mula-mula jantung. Kemudian disahkan sebagai Tetralogy Of Fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dan oksigen tu tak cantik. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat detect.
“Masa tu dah dapat tahulah yang memang kena pembedahan jantung Maryam selepas lahir. Kitaorang dah kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan selepas itu, buat scan lagi dan dapat tahu ada masalah lain dalam perut iaitu double bubble. Membuatkan dia bermasalah nanti bila nak makan.
“Bila doktor detect perkara ni dikaitkan pula dengan penyakit sebelum ini, doktor nak bagitahu pun agak berat. Dia sarankan saya untuk buat pemeriksaan menyeluruh untuk isteri saya sebab kemungkinan besar bila ada dua komplikasi ni, akan ada down syndrome.
“Sebulan sebelum tarikh isteri saya bersalin, dapat tahu memang disahkan mengidap down syndrome. Saya menerimanya dengan baik dan reda dengan apa yang Allah bagi. Saya tiada rasa macam down atau frust. Itu dah tertulis,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Faizal turut menitpkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikannya kata-kata positif mengenai kelahiran anak istimewanya itu
“Apa yang saya boleh kongsi sebenarnya adalah sewaktu saya berkongsi kepada rakan-rakan di pejabat, teman-teman berkuda, sahabat handai, keluarga sebelah isteri dan keluarga saya, semua orang bagi jawapan yang sangat positif dan memberi semangat. Perkara itu membuatkan saya bertambah selesa.
“Biasanya, bila saya sebut kepada sesiapa pun fasal anak saya, benda pertama yang keluar ‘Masya-Allah, Subhanallah. Allah kurniakan kau anak syurga bro’. Masa itu hati saya dengar pun jadi tersentuh. Tak expect pun mereka akan cakap begitu. ‘Anak syurga ni bro. Tak semua orang dapat kita ni terpilih untuk dikurniakan anak special ni.
“Alhamdulillah, perka itu amat memberi kekuatan kepada saya dan isteri. Salah satu perkara yang saya ingat, doktor ada cakap anak saya ni tak boleh terima layanan macam anak-anak saya yang lain. Dia memang kena extra attention, extra care. Doktor kata ‘This baby really need you’,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran program realiti, One In A Million musim pertama ini turut menyifatkan kehadiran Maryam sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
“Tapi benda yang terdetik di hati saya, apa yang doktor cakap tu salah. Saya sebenarnya yang sangat perlukan anak saya untuk saya jadi manusia yang lebih baik dan bersyukur. Boleh perbaiki diri saya sebagai hamba Allah. Perka ini yang membuatkan saya sangat-sangat bersyukur.
“Saya sedar Allah hantar perkara ini dengan niat yang sangat baik sebab kita kena bersangka baik dengan Allah. Apa yang boleh saya kongsikan, ketika ini fikiran saya masih lagi positif tetapi saya tahu akan ada lebih banyak ujian akan diberikan. Ini baru permulaan. Saya akan lalui banyak perkara yang akan mengajar saya benda baru.
“Saya tidak sempurna dan tidak akan pernah. Sebab itu manusia kena belajar. Satu persatu dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi saya masih hidup dan Allah kurniakan rezeki, selagi Allah bangunkan saya setiap pagi, selagi itu saya tidak boleh give up,” akhirinya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen daripada netizen serta rakan selebriti.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry telah selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Najla Shamsul menerusi sebuah majlis ringkas yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai pada Sabtu.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Twitter, Ikmal ada memuat naik sebuah video memaparkan dia dan isteri telah selesai menunaikan solat jemaah bersama buat pertama kali sebagai suami isteri.
“Eh dah ada makmum, Assalamualaikum. Selamat menjadi isteri yang baik eh,” katanya.
Bersama video berkenaan, Ikmal turut menitipkan ucapan bahawa dia akan mencintai isterinya itu sampai ke hujung nyawa.
Video berdurasi hampir 15 saat itu kemudiannya tular selepas meraih hampir 40,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah romantis pasang tersebut selain turut mendoakan semoga Ikmal dan Najla akan kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali telah menyerahkan mas kahwih berjumlah RM300, wang hantaran RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran.
Manakala, pihak pengantin perempuan pula membalas pemberian dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar di kediamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sumber: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!