Penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa syukurnya apabila dia kini disulam bunga-bunga cinta bersama suaminya, Adam Azriff.
Merpati dua sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.
Kongsi Kaka, Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi 1001 makna dalam hidupnya yang kini bergelar seorang isteri dan sedang hamil empat bulan.
“Saya sangat teruja sebab ini merupakan kali pertama beraya bersama keluarga baru, ada suami dan sedang berbadan dua.
“Baju raya tahun ni biasa-biasa sahaja. Saya akan memilih baju longgar memandangkan anak dalam kandungan membesar dengan aktif dan sihat.
“Bila dah kahwin, baru saya faham yang suami lebih penting dari kawan-kawan. Bukan bermaksud kawan-kawan tak penting, cumanya letakkan kedudukan suami itu di carta yang tertinggi.
Kena utamakan suami dulu,” kata Kaka panjang lebar kepada MH.
Bersempena dengan puasa yang sudah memasuki hari ke 16 hari ini, Kaka akui bahawa dia kini lebih gemar memasak di rumah untuk memenuhi citarasa si suami.
“First time masak untuk bersahur dan berbuka puasa setiap hari. Sebelum ini kami (Kaka dan Adam) telefon je “jom lepak mamak”. Tapi sekarang ni dah jadi isteri, kenalah rajin masak di rumah. Nak pikat perut suami,” katanya berseloroh.
Tambahnya, kehidupannya kini semakin ‘berwarna’-warni’ dan akan hadirnya ‘orang baru’ pada Oktober depan.
“Sekarang ni saya berada di fasa kehidupan yang sedang berubah 360 darjah tapi dalam keadaan yang sangat baik sebab dijangka anak pertama akan lahir pada bulan Oktober depan,” kongsi Kaka.
Kongsi penyanyi lagu Sibuk ini, menu utama si suami ketika berbuka adalah sejenis masakan tradisional.
“Dia (Adam) mesti nak berbuka menu utama iaitu masak lemak siput sedut. Tapi saya tak sempat masak sebab kadang-kadang cari di pasar selalu habis. Ada juga kami ke bazaar Ramadan semata-mata nak cari siput sedut..
“Sahur pula makan simple dan healthy sahaja seperti yougurt dan dia jenis yang tak makan nasi,” akhiri Kaka.
Foto: Instagram Kaka
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI