Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengenang pemergian sahabat baiknya, penyanyi Mya Ruslee (Maya Mahatari) akibat kanser sarcoma tahap empat, pada Mac 2020.

Menurut Ani, hubungan mereka sememangnya akrab hingga menganggap hubungan mereka sudah seperti sebuah keluarga bersama beberapa rakan artis lain.

“Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee

Penyanyi lagu Sedap itu berkongsi kisah berkenaan perkara tersebut selepas ditanya media.

“Saya menganggap dia bukan sebagai kawan tetapi lebih kepada keluarga. Dia tak panggil saya Ani Maiyuni tapi Ann. Mya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama nenek yang ada pertalian keluarga dengan suami saya.

“Semasa dia sakit, kami tahu mengenai keadaan dia tetapi dia selalu menunjukkan semangat yang positif. Dia tak nak kawan-kawan rasa kesian terhadap dia. Semasa Maya meninggal, Ieda Moin menelefon saya. Lama kami meluahkan rasa kesedihan.

“Ieda pergi ke majlis pengebumian tetapi saya tidak. Saya tak kuat masa tu. Kami merupakan rakan selebriti yang sangat rapat. Kami aktif bermain bola jaring. Tiba-tiba dia berhenti kerana dia sakit,” katanya kepada MH.

Ads

“Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee

Dalam sebak, Ani dilihat tidak dapat menahan air mata dan dia merupakan antara rakan artis yang paling gembira bila mengetahui akhirnya arwah terpilih untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5).

“Kami pernah berjumpa sebelum dia dapat menyertai program GV5. Dia pernah hampa kerana musim sebelum itu dia mendapat tawaran tetapi tidak terpilih atas sebab-sebab tertentu. Saya beri dia semangat dan beritahu rezeki Allah ini luas.

“Bila dia terpilih ke GV5, saya merupakan orang yang paling gembira kerana dia sangat-sangat berharap. Sebelum pejam mata, dia dapat apa yang dihajatkan,” kongsinya lagi.

Ads

“Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee “Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee

Sementara itu, Ani turut menyifatkan hubungan akrabnya bersama Mya memang tidak mampu digambarkan menerusi kata-kata memandangkan mereka telah mengharungi pelbagai momen-momen indah bersama sepanjang bergelar anak seni.

“Kami jarang berkongsi di media sosial mengenai keakraban kami. Bila dia dah tiada pun, saya tak pandai nak meluahkan perasaan dan menceritakan kisah kami di Instagram. Tetapi kami selalu ada untuk antara satu sama lain.

“Perkara yang paling saya rindu adalah apabila kami duduk bersama, selalunya kami bercerita mengenai keluarga. Kami pun selalu dapat show bersama. Dia sering bagi semangat dan komen mengenai persembahan saya.

Ads

“Saya, Ieda Moin dan Amyza Adnan memang rapat dengan Mya. Keakraban kami tak dapat diungkap dengan kata-kata,” akhirinya.

“Sebelum Pejam Mata, Dia Dapat Apa Yang Dihajatkan,” – Akrab Macam Keluarga, Ani Maiyuni Cerita Memori Indah Dengan Arwah Mya Ruslee

Terdahulu, Mya telah pun menghembuskan nafasnya yang terkahir pada tanggal 18 Mac 2020 di pangkuan ibunya ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.

Mya difahamkan telah mengidap kanser sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI