Pelakon, Balkisyh Semundur Khan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk kembali mewarnai industri seni tanah air meski pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini.
Menurut Balkish,35, dia yang tidak dapat menahan sebak menjelaskan, pengalaman hidup yang mengerikan sebelum ini telah membuatkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon.
“Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna.
“Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada MH.
Balkish berkata sedemikan di sidang media drama Lockdown secara virtual pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Balkish turut memberithau, kehidupannya juga telah banyak berubah sejurus menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan.
“Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya.
“Dah jadi takdir Allah nak ubah rezeki saya dan kebetulan pula sewaktu PKP kita tak boleh berniaga dan tiada pendapatan yang masuk. Dengan kuasa Allah, Dia ubah segalanya. Berkakhirnya PKP 1.0, saya terima pelbagai tawaran drama.
“Drama Lockdown ini merupakan drama pertama saya selepas lama berehat. Saya sendiri tak sangka. Perancangan Allah itu seperti mengatakan dia mahu saya berlakon semula,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Balkish turut menyifatkan fasa ‘lockdown’ banyak mengajarnya untuk kembali insafi diri.
“Hikmah PKP ini seperti Allah nak beri saya tempoh bertenang. Pandemik ini mengajar saya supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan mengenai orang sekeliling.
“Tempoh pandemik ini banyak menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Disebabkan itu saya melakonkan drama Lockdown ini dengan sepenuh hati,” akhirinya.
Lockdown merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Ads
Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Selain Balkish, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi mendedahkan hubungannya bersama rakan artis, Jasmine Suraya Chin, 33, masih lagi baik dan sering berhubung.
Bagaimanapun, Sufian akui hubungannya dengan Jasmine tidak lebih sekadar kawan dalam industri seni.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Matamu itu berkata demikian sebagai mengulas spekulasi peminat yang meneka foto kasut menerusi hantaran yang dimuat naik Jasmine di Instagram Disember lalu itu ada kaitan dengan dirinya.
“Kami baik, hubungan masih lagi seperti dulu. Malah ada ketika kami akan berhubung. Kadang ada juga berjumpa. Cuma saya dengan dia tidak ada hubungan mesra. Kami selesa berkawan.
“Apa yang berlaku di media sosialnya itu (foto kasut lelaki dan perempuan) saya pun nak juga tahu. Tapi macam rahsia. Kasut lelaki itu bukan kasut saya.
“Tapi apa-apa pun, saya mendoakan yang terbaik untuknya. Kalau dia nak kahwin pun, satu khabar yang baik,” katanya kepada MH.
Sufian ditemui pada Majlis Sumbangan Tabung Kasih Kepada Waris Keganasan Rumah Tangga Yang Koma, Jahidah Nordin, pada Selasa.
Turut dilancarkan pada majlis sama ialah produk baharu BabyPian by Sufian Suhaimi, Kasih Pillow di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ditanya sama ada dia rimas susulan sering ditanya mengenai perkahwinan, bintang berusia 31 tahun ini tidak menganggap ia sebagai isu yang membebankan.
“Bagi saya soalan itu sesuatu yang lumrah apabila peminat nak tahu mengenai perkembangan, bukan sahaja dalam hal berkaitan kerjaya semata-mata.
“Sekurang-kurangnya saya bersyukur, masih ada yang nak ambil tahu dan ambil berat, terima kasih.
“Cuma saya masih lagi bujang. Kalau perancangan itu, sudah tentulah sama seperti orang lain. Bila kita ada pasangan, saya percaya kita kalau boleh tak mahukan pasangan yang ‘membuang masa’. Mestilah ada niat semoga sampai ke jenjang pelamin.
“Tapi tidaklah sampai menyusun atau hitung hari. Cuma apa yang boleh cakap, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ini, hangat diperkatakan di media sosial tentang salah laku yang melibatkan selebriti.
Lalu, pelakon Erwin Dawson menyifatkan cara netizen menghukum artis baru yang terpalit kontroversi baru-baru ini agak keterlaluan dan seolah-olah ‘mengambil’ kerja tuhan.
Rasa kecewa itu diluahkan Erwin menerusi sebuah entri di IG story miliknya.
“Bukan tugas kami untuk menghakimi sesiapa. Baik Fasha Sandha atau Haneesya Hanee. Sesiapa yang tak pernah melakukan kesilapan, sila kehadapan. Yang pasti tiada seorang pun yang mampu kehadapan.
“Ada yang mengatakan umat Islam tugasnya adalah menegur tetapi mana adabnya waktu teguran itu? Bukankah cara untuk menegur adalah dalam privasi?
“Kalau pasal netizen, apa yang mereka buat itu adalah salah, renungkanlah cara kamu sendiri handle situasi ini. Betul ke cara kita menanganinya? 2 wrongs does not make one right.,” tulisnya.
Tambah pelakon itu lagi, para netizen sepatutnya menegur kelakuan artis tersebut dengan berkhemah kerana itu yang dituntut dalam Islam.
“Jangan terjatuh antara orang-orang hipokrit. Nak menegakkan Islam tapi dengan cara yang sangat tidak Islam.
“Nabi sendiri tidak mengata atau menegur para wanita yang tidak tutup aurat, malah dia menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan mereka.
“Jangan lupa, Al-Hakim adalah Allah. Jangan sesekali ada sifat ‘I am holier than thou’. Itu adalah sangat sombong.
“Memang lumrah manusia melakukan kesilapan. Tapi kita harus menanganinya dengan penuh adab dan akhlak. Bukan tambah lagi kesilapan dari diri sendiri,” tambahnya lagi.
Pada pendapat MH, benarlah apa yang dikongsi Erwin. Tidak salah untuk kita menegur tetapi hendaklah dengan saluran yang betul suapaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
Sumber: Instagram Erwin Dawson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!