Pelakon, Balkisyh Semundur Khan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk kembali mewarnai industri seni tanah air meski pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini.
Menurut Balkish,35, dia yang tidak dapat menahan sebak menjelaskan, pengalaman hidup yang mengerikan sebelum ini telah membuatkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon.
“Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna.
“Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada MH.
Balkish berkata sedemikan di sidang media drama Lockdown secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Balkish turut memberithau, kehidupannya juga telah banyak berubah sejurus menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan.
“Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya.
“Dah jadi takdir Allah nak ubah rezeki saya dan kebetulan pula sewaktu PKP kita tak boleh berniaga dan tiada pendapatan yang masuk. Dengan kuasa Allah, Dia ubah segalanya. Berkakhirnya PKP 1.0, saya terima pelbagai tawaran drama.
“Drama Lockdown ini merupakan drama pertama saya selepas lama berehat. Saya sendiri tak sangka. Perancangan Allah itu seperti mengatakan dia mahu saya berlakon semula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Balkish turut menyifatkan fasa ‘lockdown’ banyak mengajarnya untuk kembali insafi diri.
“Hikmah PKP ini seperti Allah nak beri saya tempoh bertenang. Pandemik ini mengajar saya supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan mengenai orang sekeliling.
“Tempoh pandemik ini banyak menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Disebabkan itu saya melakonkan drama Lockdown ini dengan sepenuh hati,” akhirinya.
Lockdown merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Selain Balkish, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!