Tidak dinafikan, pasangan suami isteri, Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous dan suaminya Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof memang menjadi antara pasangan yang sering menjadi perhatian netizen.
Tatap sahajalah Instagram mereka, pasti mendapat ratusan malah ribuan komen daripada para pengikut. Mungkin dek pesona dan kebahagiaan sesama pasangan membuatkan ada yang kagumi keduanya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka setakat ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf bin Md Zhafran.
Menerusi Mingguan Wanita, pelakon dan pengacara ini ada berkongsi, dalam sesebuah rumah tangga itu semuanya bergantung pada setiap pasangan suami isteri.
Malah, Fouziah mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan dalam rumah tangga, sebagai seorang ibu dan isteri.
“Bagi saya yang paling penting adalah komunikasi. Kita kena selalu berkomunikasi dan percaya satu sama lain. Kalau kita percaya, Insya-Allah semuanya akan tenang dan bahagia. Sentiasalah berkomunikasi.
“Saya bagi contoh di sini. Apa yang saya buat, sebelum tidur biasanya saya akan bertanya pada suami apakah yang akan dibuatnya pada keesokan hari. Suami akan memberitahu apa yang akan dibuatnya esok. Jadi saya akan ikut waktu yang diberitahu oleh suami.
“Kalau urusan yang dibuatnya itu memerlukan masa yang lama, sambil menunggu dia habis kerja, barulah saya akan buat apa yang patut di pejabat. Jadi apabila dia balik ke rumah, saya telah ada di rumah menunggunya,” katanya.
Pada masa sama, Fouziah juga menjelaskan seorang isteri itu perlu juga memberitahu apa yang akan dibuatnya pada keesokan hari pada si suami.
“Selain itu kita juga sentiasa perlu ada ‘give and take’. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada. Insya-Allah setiap benda walaupun kecil, rasa bahagia dan tenang itu akan datang secara semula jadi,” jelasnya lagi.
Foto: Instagram Fouziah Gous
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI