Penyanyi, Syura Badron ada berkongsi foto kenangannya ketika masih di bangku persekolahan.
Bintang yang kini muncul dengan single baru, Ego ini menyatakan ketika di zaman remaja, dia mempunyai stail sendiri kala menggayakan tudung di sekolah.
Perkongsian tersebut dibuat penyanyi yang sinonim dengan lagu Nazam Berkasih itu menerusi Instagram.
“Sebelum tu, nak ckp.. takde niat nak bukak aib sendiri tau!! Masa ni… dah rasa paling style la kat sekolah tu.
“Anak tudung make sure cecah kening ea .. tak cecah tak kawan woo… haha. Entah apa2 yang aku fikir masa ni.
“Sape yang satu zaman sekolah dgn syura confirm korang pun sama kan.. jangan tipu diri sendiri .. jujurlah walau itu menyakitkan! Hahahah jgn gelak sgt,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by EGO~New released 🔈 (@syurabadron) on
Perkongsian dari juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 ini nyata mengundang memori itu turut mendapat reaksi bercampur-campur peminat.
Foto: Instagram Syura Badron
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pernah Jatuh-Sejatuhnya & Tawar Hati,” – Penuhi Permintaan Ibu, Danial Zaini Terharu Dapat Layak Ke Final MLM2021
Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya berasa amat terharu selepas berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulannya, Tiro.
Menurut Danial, dia sebenarnya pernah berasa tawar hati untuk bertanding di pentas besar tersebut selepas penyertaannya pada tahun 2017 disifatkan sebagai gagal.
Bagaimanapun, Danial menyifatkan penglibatannya pada edisi kali ini sebenarnya adalah bagi memenuhi permintaan ibunya.
“Rezeki itu Hak Milik Allah SWT. Selepas 5 tahun. Satu titik hitam yang tak mahu saya ulangi tapi pintu hati terbuka untuk sertai MLM tahun ni untuk penuhi hajat mak nak tengok saya di pentas MLM sekali lagi.
“Dan Alhamdulillah pertama kali saya akan jejakkan kaki di pentas akhir #maharajalawakmega21 . Satu pentas saya pernah jatuh sejatuhnya dan tawar hati tapi Allah buka rezeki itu melalui kumpulan #Tiro ,” tulisnya.
Liahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Era itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Danial turut merakamkan ucapan penghargaan buat rakan kumpulannya Sharif Zero dan Syaiful Zero yang sama-sama berjuang sepanjang penganjuran pertandingan ini.
Malah, bekas juara program, Lawak Solo ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Terima kasih abang-abangku @sharif_zero dan @syaiful_zero . Percayalah pada rezeki Allah. Kerana rezeki itu tidak pernah salah alamat masa dan waktu. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga Danial akan lebih sukses lagi selepas ini.
“Usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil. Do da best.
“Alhamdulillah. Tahniah. Keep it up. Thank you for the motivation.
“Tahniah Abang Danial, sekarang ni pintu kejayaan untuk Abang dah terbuka. All the best for final.
“Good luck Danial. Will always support you and Tiro,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain Tiro antara kumpulan yang turut melayakkan diri ke pentas akhir MLM2021 termasuklah Tobat, Puteh, Bahye dan Boro.
Pentas Akhir MLM2021 bakal berlansgung pada Jumaat ini jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Danial Zaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuasa Viral…Hilang Hampir 12 Jam, Bapa Zahid Sudah Ditemui
Bapa penyanyi Zahid Baharuddin yang gagal dikesan hampir 12 jam yang bermula malam tadi telah ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam tadi.
Perkara itu dikongsikan bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia (AF) musim kedua menerusi Twitter miliknya.
“Thank u warga twitter! Papa saya dah dijumpai di grik, Perak. Terima kasih yang membantu RT twitter saya sepanjang hari ni – alhamdulillah dia ok.
“The power of social media. Thank you Allah.. thank u semua skali lagi.” tulis Zahid.
Terdahulu, Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta jenis Proton Preve Silver bernombor plat DCS 6092 yang dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.
Difahamkan, bapanya keluar kira-kira jam 11 pagi semalam tanpa pengetahuan ibunya yang berada di rumah.
Twitter : Zahid Baharuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 5 Iklan Raya 2024 Paling Menyentuh Perasaan, Diinspirasi Daripada Kisah Benar
Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita pasti disajikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan seterusnya menjadi antara eleman penting menjelang Syawal.
Malah apa yang menariknya, iklan yang dihasilkan turut memaparkan jalan cerita tersendiri, misalnya yang diangkat daripada kisah benar atau isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.
MH bariskan lima iklan raya 2024 yang kisahnya diinspirasi daripada kisah benar.
Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Iklan berjudul Conteng sempena Aidilfitri ini juga berjaya menyentuh hati dan membuat ramai sebak sehingga mencatat tontonan lebih satu juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan di YouTube.
Pengarahnya, Rashid Sikh Abdullah berkata, idea asal daripada PKNS berkenaan seorang yang sudah berjaya merajuk dengan kata-kata bapanya sewaktu kecil dan lebih 20 tahun tak balik kampung.
Dia kemudiannya ada mengambil rujukan daripada filem dan rakan yang dihalang cita-citanya menyambung pengajian tertinggi dalam jurusan seni atau seni halus.
Itulah yang menjadi inspirasi buat dirinya dengan mencantumkan kisah-kisah sebenar. Daripada beberapa penulis skrip yang saling bertukar idea, maka mereka ciptakan sebuah jalan cerita yang mungkin dianggap klise tapi digarap dan divisualkan dengan menarik.
Antara kekuatan utama iklan itu juga adalah penampilan pelakon veteran, Jalil Hamid yang mempamerkan lakonan cemerlang.
Iklan Raya Bank Muamalat 2024
Iklan raya berjudul Nak Ikut ini diinspirasi daripada kisah benar rakan sebaya pengarah iklan raya ini, Dzulkifli Shaari.
Kisah cerita pendek ini penuh dengan mesej tersirat, terutamanya tentang keluarga, dunia yang sementara, dan sedekah untuk pahala berterusan, etc
Nak Ikut mengisahkan tiga beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tinggal bersama nenek mereka. Kisah menjadi tragis apabila adik kepada Hamidi iaitu Zaid meninggal ketika dalam perjalanan mencari abangnya yang pergi ke kedai membeli baju raya.
Lebih menarik lagi, iklan raya ini mempunyai “OST” dinyanyikan oleh Ezad Lazim yang bertajuk Dekat Semula. Lagu ini hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.
Walaupun boleh dikatakan antara “newcomers” yang masih baru dalam dunia PSA Raya, iklan raya ini berjaya menyentuh hati dengan penceritaan yang berkesan dan mesej yang mendalam.
Iklan raya Nak Ikut yang dibawakan oleh Bank Muamalat ini sudah mencecah jutaan tontonan di semua platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram.
Iklan Raya Elrah Exclusive
Buat julung kalinya, Elrah Exclusive melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen.
Dibintangi oleh barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada raya tahun ini seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, MK K-Clique dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, Fatimah Abu Bakar yang melakonkan watak ibu.
Filem pendek bertajuk Tak Pernah Suka Mak ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui pengasasnya iaitu El Azman.
Walaupun si ibu tidak menunjukkan kasih sayangnya pada anak, dia tetap berbangga dengan segala pencapaian anak dan setia mengiringi langkah mereka dengan doa. Pada akhirnya, ajal menjemput si ibu dan anak terlambat mengetahui kasih maknya.
Iklan Raya RHB
Iklan raya berjudul Lembaran Baharu ini adalah kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika mengendalikan kes kecurian.
Kisahnya membantu dan menyelamatkan seorang ibu yang hampir dipenjara kerana kes curi kotak pensil di sebuah pasar raya dijadikan iklan raya 2024 RHB Group.
Kisah yang berlaku pada 1998 itu menceritakan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan mencuri kotak pensel yang berharga RM18 untuk dihadiahkan kepada anaknya yang mendapat keputusan nombor satu dalam kelas.
Bagi mendapatkan kesahihan cerita wanita berkenaan, Ahmad Zaharil ke sekolah anak wanita itu dan guru di sekolah itu tidak menafikan keputusan murid berkenaan. Mahkamah memutuskan kepada wanita berbangsa India itu untuk berkelakuan baik selama beberapa tahun.
Beberapa tahun kemudian, anak kepada wanita itu bertemu dengan Ahmad Zaharil dan memperkenalkan dirinya ketika itu sudah bergelar peguam.
Iklan Raya Taylor’s University
Sesuatu yang menarik apabila iklan raya turut dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT). Buktinya, iklan dari Taylor’s University ini tidak kurang hebatnya.
Suami Mithali membawakan kisah mengenai realiti rumah tangga yang jarang diperkatakan dalam kehidupan seharian kita.
Mungkin ada yang memandang serong cara hidup suami isteri yang ‘bertukar peranan’ ini. Suami tinggal di rumah, isteri pula pergi bekerja.
Namun, mereka pasti ada sebab tersendiri untuk pilih jalan hidup sebegitu.
Iklan ini mengajak orang ramai agar tingkatkan peranan dalam keluarga, memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI