Meskipun ikatan petunangan putus dipertengahan jalan pada 2019, pelakon Hafreez Adam mededahkan dia tiada masalah untuk bertemu dan bertegur sapa dengan aktres, Zara Zya.

Hafreez dan Zara kembali bertemu buat pertama kalinya di majlis tayangan perdana Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung semalam.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, pertemuan seperti ini pasti akan berlaku kerana mereka bekerja di dalam industri yang sama.

“Sebelum Tutup Buku Lama, Kami…,”- Pertama Kali Jumpa Selepas Putus Tunang, Hafreez Adam Senang Jumpa Zara Zya

“Kami ada bertegur siapa. Kami okay sahaja dan tiada masalah. Malah, saya ada tegur dia tadi. Kami tiada apa-apa isu pun. Kami akhiri hubungan secara baik.

“Kita juga bekerja di dalam satu industri yang sama dan satu saat kita pasti akan berjumpa. Malah, ini juga merupakan kali pertama saya bertemu dengan Zara selepas sekian lama.

“Kami sebenarnya tiada masalah untuk bertegur siapa atau berkerjasama sekali pun,” katanya kepada MH.

Ads

Sementara itu, pelakon drama Gantung The Series ini juga memaklumkan dia tidak berasa janggal saat dia dan Zara bertegur sapa.

“Sebelum Tutup Buku Lama, Kami…,”- Pertama Kali Jumpa Selepas Putus Tunang, Hafreez Adam Senang Jumpa Zara Zya

“Selepas kejadian lalu itu, kami membawa haluan masing-masing.

“Sebelum kita tutup buku lama, kita ada minta maaf dan mendoakan yang terbaik untuk diri masing-masing,” ulasnya lagi.

Ditanya sama ada hatinya sudah kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga, ini respon yang diberikan oleh bintang kelahiran Hero Remaja 2012 itu;

Ads

“Tipulah kalau kita tak fikir soal perkahwinan. Sesiapa sahaja di dunia ini mengimpikan untuk mempunyai keluarga. Saya juga ada berfikir ke arah itu cuma saya tidak terlalu mengejar.

“Ia akan buat saya bertambah stress dan berfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ketika ini, saya gembira dengan hidup saya.

“Saya susah nak berjumpa dengan orang yang boleh faham saya. Mungkin itu masalah saya ketika ini. Namun, saya pun tak boleh nak salahkan orang lain jika mereka tak faham saya,” ujarnya.

“Sebelum Tutup Buku Lama, Kami…,”- Pertama Kali Jumpa Selepas Putus Tunang, Hafreez Adam Senang Jumpa Zara Zya

Ads

Katanya lagi, dia reda dengan segala takdir yang telah ditetapkan buat dirinya.

“Saya tidak meletakkan sasaran. Dulu saya ada sasaran tapi tak jadi. Apa sahaja jalan yang ditentukan oleh Allah saya terima.

“Jika tidak jumpa jodoh di dunia mungkin di akhirat,” akhirinya.

Terdahulu, Hafreez dan Zara telah mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019.

Bagaimanapun, pasangan ini mengejutkan ramai pihak selepas memutuskan untuk berpisah sebulan kemudian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI