Pelakon, Ezzaty Abdullah kini sudah pun genap mencecah usia 30 tahun hari ini.
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, ibu kepada seorang cahaya mata ini ada menukilkan sesuatu untuk dikongsikan buat para pengikutnya di Instagram.
“Alhamdulillah dapat merasa umur 30 tahun hari ni. Ingat lagi masa kecik2 dulu selalu berangan dan pasang impian sebelum umur 30 MESTI kena ada suami, anak, spa or salon (both saya ada), kereta sebiji dan rumah sebiji (kunci belum dpt sbb under construction. Probably next year sbb stop construction utk PKP).
“Alhamdulillah lagi. Semua saya dapat capai. Allah tunaikan impian zaman kecil saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Tak salah berangan dan pasang impian.
“Tapi usaha tu yang penting and don’t give up! Byk sgt ujian nak capai semua ni tapi Allah sentiasa bantu. Jangan tinggal solat dan Al Quran. InsyaAllah have faith!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
Ezzaty mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Azwan Kombos pada Julai 2016.
Pasangan selebriti ini turut bahagia harmoni bersama seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Harum Dalia yang kini lebih dua tahun usianya.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Datuk Jamal, Yamani Abdillah Diumum Peserta Ketiga Tersingkir Di Big Stage 2020
Konsert Big Stage 2020 minggu keempat menjadi persembahan terakhir bagi Yamani Abdillah dalam saingan program realiti berkenaan apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Bertemakan ‘Baby Bash’, anak kepada penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah itu mengumpul markah sebanyak 62 peratus, sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir.
Malam tadi, Yamani menyampaikan lagu Mimpi Laila. Sementara Usop yang mengumpul markah tertinggi dengan 86.2 pula mendendangkan lagu Bukan Ku Tak Sudi.
Sementara, pihak juri bersepakat menggunakan imuniti bagi menyelamatkan Qody Rany yang sebelum ini turut tersenarai dalam kelompok tiga markah terendah.
Penyanyi rap Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan di sampai Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir menggalas sisi sebagai juri tetap musim ini.
Elly Mazlein pula bertindak sebagai presiden netizen.
Terdahulu, Sandra Dianne tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Peserta yang membuka tirai persembahan minggu keempat, Azzam Sham sekali lagi dipilih sebagai BBNU Paling Gempak dua minggu berturut-turut selepas mendapat undian tertinggi peminat.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Dally Perjelas Kekeliruan – “Untuk Makluman, Saya Telah Selesai Memberikan Keterangan Dan…”
Pelakon Bella Dally memaklumkan dirinya kini telah memberi keterangan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan akan beri kerjasama penuh selepas didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gara-gara melakukan aktiviti berbasikal sehingga dikatakan merentas negeri, Ahad lalu bersama rakan.
Menurut Bella dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, dia menafikan dakwaan tersebut dan menganggap perkara tersebut hanyalah kekeliruan semata-mata.
“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB yang sedang berkuatkuasa di Selangor ketika ini.
“Untuk makluman, saya telah selesai memberikan keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Apa yang berlaku pada Ahad lalu (18 Oktober 2020) saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang,” katanya.
Jelas Bella lagi, posting yang dimuat naik di Instagram pada hari kejadian telah disalah erti segelintir pihak sehingga ada yang mendakwa dia telah berbasikal sehingga ke sempadan negeri Pahang.
“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Wohoo Genting Sempah With…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi sempadan antara dua buah negeri.
“Jika saya ada berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.
“Apapun saya mengambil iktibar atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mengambil kesempatan tersebut untuk membuat permohonan maaf dan menyifatkan insiden akan menjadi iktibar buat dirinya.
“Berikut sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
“Saya mohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rangkaian Covid-19.
“Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat senantiasa. Stay safe,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kawan-Kawan Mengusik Dan Saran Agar Saya Menegurnya…,” – Suami Raja Ilya, Trent Garrett Buka Rahsia
Khamis malam, telah berlangsung majlis resepsi pelakon jelita, Raja Ilya dan suami, Trent Garrett di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.
Jadi momen bermakna buat mempelai, persandingan pasangan ini bak hikayat dongeng.
Tampil anggun, Ilya mengenakan persalinan gaun kembang berpenrincian rona ungu bak puteri sementara suami, kacak menerusi sut hitam.
Jelas Trent, perkenalannya dengan pelakon berusia 34 tahun ini bermula apabila dia secara tidak sengaja terjatuh passport perjalanan sewaktu di lapangan terbang dan wanita tersebut pantas menghulurkan passport yang tercicir.
Terpaku dengan kejelitaan Ilya sehingga dia hanya mampu melihat wanita itu berlalu begitu sahaja.
“Pada waktu itu, saya terjatuh pasport dan wanita ini memanggil saya dan menghulurkannya. Pandangan mata saya begitu terpesona dan terpaku dengan wanita di hadapan sehingga tidak mampu berkata-kata.
“Waktu itu kawan-kawan saya mengusik dan menyarankan agar saya menegurnya dan memberikan kad nama. Saya hanya menulis nama dan Facebook dan memintanya menghubungi saya.
“Saya letakkan di atas kerusi dan seterusnya saya serahkan kepada takdir. Dua hari kemudian, dia hubungi saya dan katakan saya tertinggal pas pelepasan.
“Itulah detik pertemuan kami. Memang sangat menakjubkan,” kongsinya yang turut menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta.
Sebelum kembali aktif berlakon, Ilya terlebih dahulu pernah bekerja di awan biru bersama sebuah syarikat penerbangan.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Foto : Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI