Keputusan penyanyi sensasi, Zizi Kirana yang mengambil keputusan untuk tampil berhijab sepanjang Ramadan lalu disambut baik para peminat.
Malah, ratanya-ratanya memuji tindakan penyanyi asal Sabah itu yang dilihat lebih ayu dan sopan, berbeza dengan imej yang sering mendapat perhatian kerana disifatkan seksi dan daring.
Bagaimanapun, meski dirinya sudah pun memberikan penjelasan apabila kembali tidak mengenakan tudung, namun ramai juga yang masih mengkritik imejnya.
Kata Zizi atau nama lengkapnya, Nur Fazelah Mad Tahil buat kesekian kalinya menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana niat.
“Sebelum ini ada yang mewujudkan #30dayshijabchallenge sepanjang Ramadan lalu dan ada yang meminta saya untuk berbuat demikian.
Ads
“Lalu saya fikir, bagus juga cabaran tersebut kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kita untuk menutup aurat di bulan puasa.
“Tetapi walaupun saya berhijab dan berpakaian sopan, saya tetap terima ‘direct message’ yang bukan-bukan, siap hantar yang ‘seram'” akuinya kepada MH.
Kongsinya lagi, ada yang meninggalkan komen dia kelihatan tetap seksi meski berpakaian sopan dan betudung.
Ads
“Malahan, ada yang siap komen, kata saya ni walaupun pakai tudung pun nampak seksi.
“Sebenarnya bukan pakaian aku yang bermasalah, jiwa kau yang bermasalah mentaliti kau yang bermasalah.
Ads
“Jadi saya rasa tak ada point pun kalau ada yang nak marahkan saya. Sebabnya, orang di luar sana pun kena betulkan diri sendiri dulu,” terangnya jujur.
Terdahulu, Zizi ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu Starlela yang menyaksikan dia turut menyanyikan lagu berkenaan di samping Ifa Raziah dan Bella Astillah di Red Box Garden, Mid Valley, semalam.
Zizi yang sebelum ini sinonim menerusi lagu Nak Ke Tak Nak dan Boleh Jalan turut menyambut baik pelawaan dari Ifa Raziah yang mahu berduet bersamanya dan Bella.
https://www.youtube.com/watch?v=sKBP-szRf_s
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam perkembangan terkini kes melibatkan Audrey Davis yang merupakan anak kepada vokalis Kumpulan Naif, David Bayu, suspek yang menyebarkan video tersebut kini telah ditahan polis.
Hanya dikenali sebagai AP dan berusia 27 tahun, suspek dikenal pasti merupakan bekas kekasih Audrey.
Turut mengakui bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah dirinya, AP mengakui bahawa dia yang bertanggungjawab menyebarkan video lucah rakaman dirinya dan Audrey.
Pesuruhjaya Polis Ade Safri Simanjuntak berkongsi kepada media tempatan, pihaknya menemui fakta itu selepas penyiasat menjalankan siasatan forensik digital ke atas telefon bimbit kepunyaan AP.
Hasil siasatan penyiasat menemui kesan digital video lucah dan perbualan AP dengan individu lain di media sosial X. Dalam perbualan itu, AP menawarkan video tersebut yang menampilkan Audrey Davis kepada pemilik akaun X itu.
Motif penyebaran video tersebut pula disahkan kerana suspek berasa sakit hati dengan Audrey apabila wanita itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka sebagai kekasih.
Menurut Ade Safri lagi, “Suspek sakit hati selepas diputuskan sebagai kekasih oleh, jadi suspek mahu memalukan Audrey dengan mengedar video tidak bermoral atau lucah terbabit.”
Dalam fakta lain, video tersebut dirakan sekitar penghujung tahun 2022. Audrey juga menyatakan bahawa dia tidak tahu bahawa aksinya yang sedang melakukan hubungan badan dengan suspek sedang dirakam ketika itu.
Dalam siasatan terhadap telefon bimbit suspek, pihak polis menjumpai lima lagi video yang tersimpan. Selain itu dalam serbuan di rumahnya, fiail asal video itu turut ditemui disimpan di dalam pemacu kilat yang masih ada di komputer riba suspek.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah dua tahun tidak dapat menyambut 1 Syawal seperti kelaziman susulan pandemik, pastinya lebaran tahun ini paling dinanti-nantikan semua umat Islam khususnya.
Tidak terkecuali melahirkan keterujaan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza gembira apabila suasana hari raya sudah kembali normal meski perlu peka mengenai kesihatan.
“Tahun ini raya buat kita lebih teruja sebab dah boleh balik kampung, pergi beraya ziarah menziarahi. Itu sesuatu yang dinanti-nantikan dan saya pun tidak terkecuali.
“Tak sabar nak balik kampung jumpa famili semua namun perasaan takut itu tetap ada juga… jadi kita kena sentiasa berjaga-jaga dan ikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada MH.
Siti berkata dia akan menyambut raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan bergerak ke kampung halaman kemudian hari.
“Saya tidak balik kampung awal Syawal sebab dijangka akan jem teruk pada raya kali ini. Biarlah orang lain beraya dulu, bila dah okay sikit baharu kami akan bergerak pulang ke kampugn.
“Awal raya kami sekeluarga berkumpul di Kuala Lumpur dulu. Belum pasti akan pulang sama ada ke Kedah atau Lipis dahulu, kami akan tengok situasi dulu,” katanya.
Berbicara lanjut mengenai warna baju raya tahun ini, Siti sekeluarga akan menggayakan tiga pasang busana raya baharu bagi menyambut lebaran.
“Kami sedondon tahun ini. Ada tiga pasang baju kami tempah… Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) pilih pink carnation dan saya pilih warna hijau sebab suka warna hijau.
“Lagi satu tak tahu lagi warna apa sebab pereka itu memang nak reka khas untuk kami sekeluarga.
“Selalunya anak-anak pakai baju raya pagi tu sahaja untuk kami ambil gambar… bila masuk petang mereka dah tukar pakai baju biasa,” katanya lagi.
Sama seperti kebanyakan umat Islam lainnya, penyanyi Datin Alyah juga cukup teruja menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini apabila sudah dibenarkan untuk ziarah-menziarahi.
Sejak berkahwin dengan maestro muzik, Datuk Ramli MS pada tahun 2013, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, lebih selesa mengikut gaya bersederhana suaminya dalam meraikan hari lebaran.
“Ikutkan hati memang mahu sambutan raya kali ini lebih meriah tapi Tok Ram (Ramli MS) orangnya biasa-biasa sahaja.Dia sangat sederhana.
“Kalau ikutkan Tok Ram, dia berkain pelikat sahaja di pagi raya.
“Kalau dahulu, ketika masih bujang pastinya trend membeli baju baru setiap kali Syawal menjelma jadi ikutan.
”Tetapi bila dah bersuami, saya harus ikut rentak dan cara Tok Ram,” katanya kepada Media Hiburan.
Bercerita mengenai berapa helaian busana raya yang akan digayakannya sepanjang Syawal, penyanyi lagu Kisah Hati ini berkata, banyak koleksi baju raya yang masih belum sempat dipakainya.
“Sebenarnya banyak baju kami yang masih tidak sempat untuk dipakai.Maklumlah, sebelum ini kita beraya saat negara sedang pandemik.Jadi baju raya pun pakai untuk hari raya pertama dan kedua sahaja.
“Tapi kadang-kala ada juga niat untuk membeli baju baharu.Jika ada masa dan peluang, saya membeli secara dalam talian tanpa pengetahun Tok Ram,” kata Alyah berseloroh.
Alyah juga turut mengisi masa dengan bercuti dalam negara bersama keluarga tersayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.