Pelakon, Azhan Rani memberitahu ada mengalami masalah dan kesukaran untuk membuat pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 yang disediakan oleh pihak kerajaan bersama ibunya.

Menurut Azhan, pendaftarannya di aplikasi MySejahtera berlaku sedikit gangguan dan cuba bertanyakan perkara tersebut kepada pengikut di laman media sosial Instagram.

“Sebenarnya Dah 2 Kali Register Untuk Vaksin Ni,” – Alami Masalah Pendaftaran MySejahtera, Azhan Rani Akhirnya…

“Assalamualaikum, dengan segala hormatnya segala yang patut menjawab ni bantulah aku yang keliru ni.

“Sebenarnya dah 2 kali aku register untuk vaksin ni. status dalam penilaian tu aku akur dan faham. aku register untuk diri sendiri dan mak. tiap hari la aku check kot2 dapat jawapan.

“Ok tak paksa dan desak pun untuk disegerakan. boleh je ikut que. PERSOALAN aku hari ni kenapa bila aku check pagi ni di aplikasi #mysejahtera pendaftaran aku dan mak aku tu dah tak ada. hilang terus. Dah update apps sama juga,” akuinya.,

Ads

Bintang Nur ini turut bertanya adakah masih ramai yang depan situasi sama sepertinya.

“Apakah ni masalah aku yang tak pandai dengan apps ni atau masalah sistem atau apa ke bendanya lagi. Aku sorang je ke ada masalah ni? Atau MySejahtera pun dah kena covid ke apa?

“TAK ADA JAWAPAN TU TAKPE LAGI, TAPI KENAPA HILANG TERUS? mohon dipermudahkan dan mohon pencerahan yang berwajib,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Ads

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan masalah tersebut telah selesai dan akhirnya berjaya mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Alhamdulillah tq pada ramai yang membantu. setelah uninstall lagi beberapa kali aplikasi mysejahtera ni. tukar password bagai. ching ..tora datang lagi. dah ada balik.

“So tak perlu lagi register semula. sapa2 yang ada isu macam ni maybe boleh cuba macam ni juga kot.

Ads

“Terima kasih buat semua yang membantu. moga semua selamat dalam lindungan Allah. ok dah boleh teruskan aktiviti check lagi hari2 apps ni manatau esok,lusa, minggu depan, bulan depan tahun depan abad depan ke ada panggilan.

“InsyaAllah semoga dipermudahkan stay safe gais,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Sebenarnya Dah 2 Kali Register Untuk Vaksin Ni,” – Alami Masalah Pendaftaran MySejahtera, Azhan Rani Akhirnya… “Sebenarnya Dah 2 Kali Register Untuk Vaksin Ni,” – Alami Masalah Pendaftaran MySejahtera, Azhan Rani Akhirnya…

Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI