Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang lapan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yag rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di Instagram.
Video tersebut dikongsikan sebagai respon kepada kisah seorang rakan selebriti yang kini dilihat tidak lagi mengenakan hijab.
Dia beranggapan rakan artis tersebut sedang diuji dan kita seharusnya menitipkan doa agar hatinya kembali istiqomah.
“Hari ini, bila saya baca mengenai sahabat kita yang diuji oleh Allah, mungkin Allah sedang membolakbalikkan hatinya. Kita sebagai orang yang membaca, kita doakan yang baik-baik untuk dia.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa. Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan agar kita semua sentiasa memperoleh rahmat daripada Allah SWT.
“Love your words.
“Betul. Kita ni tidak sempurna. Jika kita tak mampu menasihati. Jangan kita menyakiti. Dia sedang diuji. Semoga Allah kasihani dia. Allah memberikan hidayah buatnya. Amin.
“Mila antara artis yang kekal istiqamah. Alhamdulilah.
“Alhamdulillah. Semoga Allah menjaga hati dan pelihara iman kita semua dan terus istiqamah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, videp tersebut telah pun meraih hampir 20,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mila Jirin