Berkongsi entri terbaru di Igstory, Janna Nick berkongsi pandangannya perihal bermadu dalam rumahtangga. Disoal netizen samaada pelakon ini sanggup menjadi madu, ini pandangan Janna.
“Kalau hampa dah tak mau kat laki hampa, takyah dok bagi kat kami. Kalau hampa dah tak mau, takkan kami mau. Kami tak mau laki hampa.”
Pelakon drama Tok Siah ini turut mengulas persoalan cinta dan menyifatkan cinta tidak boleh dipaksa.
“Cinta ni kan tak boleh nak paksa-paksa tau. Kalau orang tu rasa suka kat hampa, dia sendiri akan at least respon. Kalau dia memang tak layan, dia memang tak suka. Ataupun kadang-kadang orang layan sebab nak jaga hati.”
Foto – Instagram Janna Nick