Memilih Iris binti Izham Tarmizi sebagai nama untuk cahaya mata kedua, pelakon, Mia Ahmad akhirnya tampil menjelaskan mengenai pemilihan tersebut.
Menurut Mia, pemilihan nama yang serba ringkas itu sebagai simbolik supaya anaknya itu nanti membesar menjadi insan yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.
“Iris Binti Mohd Izham Tarmizi. 4 huruf je nama dia sweet and simple.
“Sebenarnya nama abang dia dulu pun nak letak Issa je tapi nak ada signature nama mommy juga la sikit ada huruf S depan. Hehe.
“Untuk Iris, mommy and daddy nak nama yg simple. Semoga Iris membesar bersederhana dalam semua benda, dengan izin Allah. Amin,” tulisnya.
Posting tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Termizi itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan bahawa dia tidak akan mencipta akaun Instagram buat Iris pada ketika ini.
Sebaliknya, dia hanya akan berkongsi perihal anak keduanya itu menerusi akaun abangnya Sayf Issa.
“Since mommy jenis jarang nak update account instagram abg awak, mommy decided utk share je ig awak dgn abg Issa k. @sayf.issa,” katanya lagi
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji wajah comel anak pelakon tersebut.
Terdahulu, Mia selamat melahirkan bayi perempuan, Iris pada tanggal 18 Jun lalu di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI