“Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak Buat Haji Bawa Mak Dan Abah. Tapi…,” – Aznalna Nasir

Share

Pelakon Anzalna Nasir menerusi Instagram ada memaklumkan sepatutnya dia dan kedua ibu bapanya ada merancang untuk mengerjakan Haji tahun ini.

Bagaimanapun, perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dirinya baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees, 3 Jun lalu.

“Emm acham tetiak @hanif_zaki. Hahahahahhaha Selamat hari raya everyone!

“Sebenarnya plan tahun ni nak buat haji bawa mama and abah tapi Allah bagi rezeki lain @mohamadeidrees Alhamdulillah.

“InsyaAllah masa nya akan tiba,” tulis Anzalna ringkas.

Lalu menerusi ruangan komen, ada pemi yang terus mendoakan agar niatnya sucinya untuk mengerjakan fardhu haji itu akan dapat direalisasikan kelak.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

Published by
MH