Penyanyi Aina Abdul menjelaskan, baju rekaan Syamil Fazwan yang dipakainya ketika membuat persembahan menerusi lagu Semalam di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Ahad melambangkan seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya namun tampil semula untuk bercerita.
Sambil menyifatkan dirinya gemar melakukan eksperimen terhadap persalinan yang digayakan ketika di atas pentas Aina turut memohon maaf sekiranya busana yang digayakan itu disamakan dengan watak hantu Valak dari filem The Conjuring.
“Saya suka bereksperimen dengan fesyen. Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya.
“Busana ciptaan Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.
Ads
“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu.
“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram,” seloroh Aina.
Mempertaruhkan single ciptaannya sendiri, Aina turut meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut turut terisi sebagai antara 12 buah lagu yang lolos ke ke AJL35.
Ads
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai seorang penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.
“Terima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.
Ads
“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.
“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya lagi.
Pelakon remaja yang juga penyanyi dan pengacara, Fikry Kiki kecewa dan terasa hati apabila ada segelintir netizen yang membuta tuli mendakwa yang kononnya dia dibela ‘sugar mummy’ untuk menjalankan bisnes kopi tanpa bancuh berbentuk cecair, Liquffe (Liquid Coffee).
Fikry Kiki atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad,20, mendedahkan, ada yang menuduhnya mengambil kesempatan, sekaligus bergelar ‘anak ikan’ kepada pempengaruh seksi, Bulan.
“Tidak dinafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sebenarnya saya sudah berlakon sejak umur lima tahun lagi.
“Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup senang. Tidak sama sekali. Saya masih ingat dosa pahala.
“Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang diinginkan,” katanya.
Bersyukur kerana jenama Liquffe sudah pun dilancarkan secara rasmi, Kiki yang popular menerusi drama Tidak Ada Sepertimu turut tampil menjelaskan mengenai modal besar kira-kira RM600,000 untuk membangunkan jenama yang diusahakan.
Ini kerana, ada yang mendakwa ia sebenarnya ditaja pempengaruh yang dikenali sebagai Bulan.
“Dia bukan ‘sugar mummy’ saya. Sebahagian besar modal bisnes itu adalah usaha saya sendiri. Bulan sebenarnya rakan kongsi saya yang saya sudah anggap seperti kakak.
“Sebagai seorang influencer yang berpengalaman dalam bisnes, rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya. Pada awal, dia ada berkongsi kepada saya tentang produk kopi tanpa bancuh itu dan bila saya cuba, memang sedap dan yakin boleh pergi jauh.
“Jadi, dari situlah bermulanya kami jadi rakan bisnes dan modal RM600,000 itu adalah modal kami bersama. Lagi pun, saya tak tahu sampai bila bertahan dalam industri seni.
“Tidak timbul soal dia menaja saya atau sebaliknya memandangkan kami pun memang sudah lama berkawan. Saya harap netizen yang menyindir saya di Instagram tu, henti-hentikanlah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan,27, bersimpati dengan tuduhan yang dilemparkan kepada rakannya itu.
“Bagi saya, tuduhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Sebab niat kami baik, usahakan bisnes ini dalam masa yang sama membantu masyarakat untuk menjana pendapatan.
“Sepatutnya, masyarakat atau netizen sokong anak muda seperti kami yang berusaha untuk memajukan diri. Bukannya tuduh yang bukan-bukan.
“Saya selesa berkawan dengan Kiki. Dia pun ada potensi untuk jadi usahawan berjaya cumaperlukan masa. Saya pun masih dalam proses belajar,” katanya.
Berkongsimengenai produk tersebut, Bulan berkata, ejen tidak perlu perlu risau kerana kopi cecair ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan sertamengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.
Malah, proses penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan dan dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana pihaknya mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.
Selain membantu masyarakat menjana pendapatan, Bulan akui mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat seperti menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.
“Insya Allah, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya membeli 100 naskhah Al Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.
“Bagi saya, Al Quran ini sangat penting kerana hidup kita lebih teratur dan terurus selagi kita berpaut dengannya, selain ia merupakan mukjizat paling agung,” katanya lagi.
Lebih menarik, pembeli Liquffe juga berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah seperti Motosikal Honda RS-X, peralatan eletrik rumah, gajet dan banyak lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, perkongsian Erin ternyata telah mendapat perhatian peminat kerana kelihatan begitu ceria dan gembira bersama.
Malah, pelakon yang berusia 25 tahun itu telah menerima pujian daripada peminat apabila melihat kemesraannya bersama keluarga.
Terdahulu, Erin telah mendirikan rumah tangga bersama Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Mohamed Faliq, 3 tahun dan Nur Aisha, 2 tahun.
Foto : Instagram Erin Malek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Syatilla Melvin ada berkongsi kisah cerita tentang suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Syatilla, suaminya kurang meluangkan masa bersama anak atas kekangan masa jadual lakonan yang padat.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah membawa kedua anaknya bertemu dengan Sam di set lakonan.
“3 hari bapak xjumpak anak2, balik dari penang teroih usung bawak anak2 jumpak bapak kt set shooting. Kalau tak bawak jumpak memang bapak xdak masa la nak spendtime layan ank2 dia.
“balik shooting 5 6pgi anak2 duk lena,takkan nak gerak bgun. Bapak hang pun time tu nampak katil mcm nampak ketoi maih(gold bar) sebb penat sgt. Yang kita pulak tengok laki dgn penuh kesabaran.
Di samping itu, Syatilla turut mendoakan agar semua urusan suaminya dipermudahkan selalu.
“Semoga allah merahmati perjalanan laki aku cari duit permudahkanlah semudah mudahnya utk bapak iniamin ya allah,” tulisnya lagi.
Selain itu, peminat mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Syatilla kekal berbahagia.
Sekadar informasi, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!