Tidak dinafikan, ada segelintir netizen yang memberikan komen berbaur negatif terhadap pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Sehingga ada yang berpendapat, pasangan suami isteri ini terlampau menunjuk kebahagiaan rumah tangga di media sosial atau erti kata lain ‘show off’.

“Bagi saya ia normal dan kami tidak ambil pusing sebenarnya. Kiranya, yang kecam selalunya tak lebih dari 40 orang.

Ads

“Tapi balance yang memuji kita sebanyak 4000 komen dalam masa sejam? So itu yang hargai,” jelas Azad sambil ditemani isteri kepada MH.

Pada masa sama, mereka juga mengakui ada mengambil mana-mana input berguna yang diberikan penguna media sosial.

“Kalau nak dikatakan ‘show off’, rasanya tidaklah keterlauan dan ia persepsi pihak yang di luar kawalan saya dan suami.

Ads

“Malah selalunya kalau video yang dikongsi di Instagram, saya selalunya berada di sebalik kamera, jadi di mana saya dengan Azad show off? Saya hanya ketawa je kat belakang tu,” kongsi Eira pula.

Ads

Terdahulu, Eira dan Azad telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Pasangan itu telah ditemubual oleh MH ketika menjadi pengacara majlis pelancaran Mydin Girang Syawal Tiba 2019 di Mydin USJ, Subang Jaya.

“Sebenarnya Saya…,”- Dikatakan Terlampau ‘Show Off’ Harmoni Rumah Tangga, Ini Jawab Eira Syazira & Azad Jasmin “Sebenarnya Saya…,”- Dikatakan Terlampau ‘Show Off’ Harmoni Rumah Tangga, Ini Jawab Eira Syazira & Azad Jasmin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI