Pelakon, Zahirah MacWilson, akui dirinya tidak rasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa ‘saham’ seseorang artis itu akan jatuh sekiranya mereka mendirikan rumah tangga.
Ini kerana baginya, apa yang lebih penting adalah bakat dan peminat kini bijak untuk menilai.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga percaya rezeki dan masing-masing mempunyai pandangan sendiri terhadap persepsi tersebut.
“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.
Ads
“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.
“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,” kata bintang cantik berusia 25 tahun itu.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza sah bergelar suami isteri 20 Februari lalu dengan sekali lafaz di Foyer Glamhall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia.
Ads
Dalam perkembangan lain, Zahirah kini berdebar untuk menantikan reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan 12 Mac ini.
Filem aksi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar l yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi berita sedih apabila nenek kesayangan telah kembali kerahmatullah.
Berita sedih itu dikongsikan di Instagram miliknya.
“Ya Allah permudahkanlah urusan kami bertemu dengan nenek.
“Kepada folowers yg dihormati dan dikasihi, tlg doakan perjalanan kami ke JB dipermudahkan dan berilah kesempatan utk kami berada di samping nenek dan doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah.
Awal semalam, pelakon Bella Dally ada memaklumnya dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, tidak lama lagi. Turut sama mengiringi Bella ialah suami,Arif Izuddin.
Khabar gembira tersebut dikongsikan Bella menerusi Instagram.
“InshaAllah tak lama lagi, saya akan melihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah.
“Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan serta doa.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” kongsi Bella sambil disambut baik para pengikutnya.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016.
Namun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 2 Mei 2018.
Foto: Instagram Bella Dally
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah kali terakhir datang ke Malaysia pada tahun 2013, band popular Indonesia, Gigi akhirnya kembali mengubati kerinduan peminat setia yang hadir ke konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur yang berlangsung di The Zepp KL, malam tadi.
Bermula 8.30 malam, hampir kesemua ruangan di Zepp KL dipenuhi oleh peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat band asal Bandung, Indonesia itu beraksi.
Pihak media pula telah pun diberikan keistimewaan untuk menyaksikan Gigi dengan lebih dekat untuk lagu yang pertama.
Gelanggang ‘Nakal’ dibuka dengan lagu-lagu popular iaitu Ooo…Ooo…Ooo, Terbang, KYK dan Damainya Cinta, seleksi awal tersebut nyata telah menaikkan adrenalin para peminat yang sudah berkampung di sana sejak petang.
Perbualan pertama diantara vokalis Gigi, Armand Maulana dengan para penonton bermula dengan satu permohonan maaf.
Menurut Armand, dia sedikit kecewa kerana pada saat-saat akhir, dia telah diserang sakit tekak yang agak teruk sehingga menyebabkan nyanyiannya terganggu.
“Sudah sembilan tahun kami tidak kota tercinta ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya kerana tidak berada dalam kondisi yang sihat.
“Saya mengalami gejala batuk yang teruk. Yang beragama Islam, saya minta anda selawat agar saya dapat menyanyi hingga ke akhir komsert.
“Kalau ada masalah pada suara saya, saya akan hulur mikrofon dan bantulah saya menyanyi. Saya tak kisah andai anda mengkritik saya di media sosial kerana ini memang silap saya,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan tersebut dilihat langsung tidak menjejaskan persembahan Gigi sebaliknya mereka tampak lebih bersemangat untuk tidak menghampakan para peminat yang sudah membeli tiket.
Semangat tidak mengalah yang ditunjukkan oleh Armand itu sememangnya wajar diberikan pujian.
Kemeriahan Konsert Gigi tidak terhenti di situ selepas vokalis band popular Indonesia, Cokelat, Kikan Namara turut membuat kemunculan istimewa dengan menyanyikan lagu Andai.
Jelas Kikan, dia menyifatkan Gigi sebagai sebagai band idola yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sejak awal Cokelat ditubuhkan.
Usai merawat rindu, suasana yang tadinya gamat berubah menjadi ‘galau’ apabila Gigi membawakan lagu-lagu yang menjentik emosi para penonton seperti My Facebook, Hinakah, Bisa Saja dan Janji.
Seperti yang MH katakan tadi, suara Armand nyata tidak berubah secara ketara meskipun ketika membuat persembahan secara akustik.
Sewaktu membawakan lagu Setia Bersama, Armand sempat menyatakan harapan agar Indonesia dan Malaysia akan sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan sentiasa bersatu di bawah satu rumpun.
“Daripada dulu sampai sekarang, ada sahaja pihak-pihak yang membuat provokasi dan inginkan pergaduhan. Lagu ini saya persembahan buat kita sesama saudara.
“Kita boleh berbeza pandangan tetapi haris tetap setia, bersama dan menyayangi,” kongsinya lagi.
Menutup persembahan, seluruh dewan gamat dan penonton turut sama-sama menyanyi tatkala lagu 11 Januari dan Nakal.
Konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Global dengan kerjasama Yolo Malaysia.
Sekadar informasi, Gigi telah ditubuhkan secara rasmi pada 1994 dan telah pun memiliki lebih 15 album.
Gigi dianggotai oleh Armand (vokalis), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (base) dan Hendy (drum).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Photo kredit: Tanjak Global
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!