Impian penyanyi Siti Nordiana untuk mengadakan konsert solonya tercapai menerusi Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi konsert berkenaan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mendendangkan 21 buah barisan lagu hit sepanjang kariernya termasuk lagu bersama rakan duet yang cukup sinonim, Allahyarham Achik Spin.

Lebih 2,000 penonton menjadi saksi suksesnya Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, segmen yang paling mencuri perhatian adalah menerusi penghargaan buat arwah Achik.

“Memang saya khaskan untuk lagu Memori Berkasih menggunakan suara arwah Achik sebagai mengimbau lagu berkenaan. Saya sebenarnya rasa sebaklah juga untuk menyanyi, tapi ia sesuatu yang bermakna.

“Mungkin sebelum ini saya hanya jemput peminat naik pentas untuk sama-sama berduet bagi lagu berkenaan, tapi kali ini saya ‘berduet’ dengan suara Allahyarham Achik.

Ads

“Jadi ia menjadi satu nilai sentimental buat saya sebenarnya,” kata Nana menerusi satu temu bual.

Emosi penonton juga tersentuh apabila latar skin belakang tertera tayangan video istimewa buat arwah Achik sebelum segmen duet bermula.

Ads

Menggamit memori, para penonton turut sama-sama menyanyi rangkaian lagu-lagu yang dipersembahkan Nana.

Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana diiringi pemuzik The Romeo yang terdiri daripada Johan Shamsudin selaku pengarah muzik,  Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal dan Paang.

Ads

Antara lagu yang disampaikan adalah Tak Upaya Menangis Lagi, Seribu Setia, Pelukanmu, Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Kasihmu Seakan Berubah dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, koleksi lagu irama Malaysianya juga turut dinyanyikan kembali seperti Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI