Selepas majlis perkahwinan yang dirancang batal, pelakon Niezam Zaidi tampil memberi penjelasan seterusnya menolak status janda penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah sebagai puncanya.
Niezam menjelaskan, majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung Isnin lalu iaitu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
“Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun. Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga.
“Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun.
“Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Harian Metro, hari ini.
Menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT, Niezam turut menganggap sudah tidak ada jodoh di antara mereka.
“Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny.
“Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari,” katanya.
Semalam akhbar sama turut melaporkan, Nonny mengakui keputusan membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu sudah dibuat lama iaitu selepas mereka menghadiri kursus kahwin pada September lalu.
Terdahulu, bintang wanita itu membatalkan majlis perkahwinan mereka dan diumumkan menerusi hantaran di Instagram yang seterusnya mendapat perhatian wargamaya.
Sumber : Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Hitung Hari Bergelar Isteri
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin pernah mendedahkan sebelum ini, dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun ini secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 41, menjelaskan, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islam dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya berdoa agar segalanya berjalan lancar.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
“Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua. Apapun, insyaAllah majlis serba ringkas seadanya sahaja.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
“Betul-betul rapat tahun lalu, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cari Identiti Sendiri, Jangan Tiru Orang Lain,” – De Fam Jadi Penanda Aras, Azira Shafinaz Happy Dengan Girl Group Baru
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui teruja dengan kehadiran pelbagai grup-grup wanita baharu yang kini mewarnai industri muzik tempatan.
Menurut Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam, kemunculan grup-grup seperti Dolla dan Coex secara tidak langsung akan memberikan persaingan sihat untuk mengangkat industri muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat buat industri muzik tanah air. Kami pun tiada rasa nak bersaing dengan sesiapa.
“Setiap kumpulan punyai identiti yang tersendiri. Seperti Dolla, mereka lebih kepada vibe-vibe K-Pop. Buat De Fam pula, kami selalu hasilkan muzik yang kami suka dan ia datang daripada hati.
“Sejak daripada awal lagi, lagu-lagu kami mesti mengangkat martabat wanita. Baru-baru ini, saya lihat kumpulan Coex sertai progam Big Stage. Mereka bagus dan kualiti nyanyian harmoni mereka juga sangat baik,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Azira akui berbesar hati apabila sentiasa menjadi penanda aras buat pendatang baharu.
“Alhamdulillah tapi sewaktu awal kemunculan De Fam dahulu, ramai juga yang mengatakan kami ini sama seperti kumpulan Feminin dan Elite.
“Namun, kalau grup-grup masa kini mahu menjadikan kami sebagai penanda aras, kami amat berbesar hati. De Fam bermula sebagai penari dan kami bekerja keras untuk menjadi penyanyi.
“Jadi, buat grup-grup baharu, mereka perlu cari identiti yang tersendiri. Jangan meniru orang lain. Pada akhirnya nanti, identiti itulah yang akan kekal bersama mereka sampai bila-bila. Itu yang akan buat orang ingat,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai rahsia kumpulan De Fam yang mampu bertahan sehingga hari ini, pelakon filem, Penunggang Agama itu menyifatkan perbalahan merupakan lumrah namun segalanya harus diselesaikan dengan baik.
“Kami berkawan sudah lama dan nama kami naik pun bersama-sama. Kami sentiasa utamakan De Fam. Walaupun masing-masing ada karier solo, kami akan berkumpul semula bila ada urusan berkaitan dengan De Fam.
“Kalau De Fam belum ada projek pun kami akan selalu lepak bersama. Tipulah dalam grup tiada bergaduh tetapi yang membuatkan kami kuat adalah persahabatan itu sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azira Shafinaz & De Fam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadeera Zaini Juara Big Stage 5, Raih RM100,000 & Lagu Baru
Menepati ramalan, Nadeera Zaini diangkat sebagai juara program Big Stage 5 yang melabuhkan tirai saingannya, malam tadi.
Nadeera, 29, menyampaikan lagu Never Enough dengan penuh tenaga hingga menerima reaksi positif juri bersama markah sebanyak 68.39%.
Menewaskan lima peserta lain, Nadeera membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan sebuah lagu baru daripada komposer antarabangsa, Hyuk Shin.
Nadeera turut memberikan persembahan konsisten menerusi segmen battle mash-up bersama Waode.
Tempat kedua dimenangi peserta dari Indonesia, Waode dengan markah sebanyak 64.25%.
Meraih markah 64.19% Putera Muhammad berada di kedudukan ketiga.
Hoondoo pula diumum meraih tempat keempat diikuti Aufahanie di tempat kelima yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000.
Hoondoo dari Korea Selatan itu mengumpul markah 61.60% sementara Aufahanie 54.61% yang turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik Aufahanie RM3,000.
Pemenang tempat keenam dengan markah 49.58% ialah Puteri Khareeza membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi.
Pada minggu akhir, Big Stage 5 menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan maestro muzik, Datuk Ramli MS sebagai juri jemputuan.
Jihan Muse pula diundang sebagai Presiden Netizen.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI