Watak dalam sesebuah filem boleh mengubah nasib dan juga populariti seseorang pelakon. Karakter tersebut menjadikan mereka ikonik dan diingati oleh penonton dari segenap pelusuk dunia. Kepada yang gemarkan rangkaian filem superhero Ironman dan Avengers, pastinya watak Black Widow atau Natasha Romanoff antara yang paling diingati.

Aktres Scarlett Johansson baru-baru ini berkongsi kisah mengenai watak ikonik yang dilakonkannya itu. Rupa-rupanya usai sesi uji bakat, dia sebenarnya tidak terpilih untuk memegang watak itu. Sebaliknya seorang lagi pelakon terkenal Hollywood telah ditawarkan untuk memegang watak tersebut.

“Sebenarnya Watak Black Widow Bukan Milik Saya,” – Sedih Kerana Tidak Terpilih Pada Awalnya, Scarlett Johansson Gembira Diberi Peluang Kedua

“Saya adalah peminat tegar filem Iron Man yang pertama dan saya mahu bekerjasama dengan Jon Favreau dan Robert Downey Jr. Namun kemudian saya diberitahu yang saya tidak mendapat watak itu. Saya terkejut tapi perkara itu berlaku setiap masa,” ujarnya berkongsi kisah apabila diberitahu yang sesi uji bakatnya tidak berjaya.

Ads

Namun bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Kongsinya lagi, “Ditakdirkan beberapa minggu kemudian, pelakon yang mendapat watak tersebut tidak dapat memberi komitmen kerana percanggahan jadual penggambaran. Jon kemudiannya bertemu saya sekali lagi dan saya memberitahu kepadanya yang saya masih lagi tersedia dan tidak ada apa-apa komitmen lain.”

“Sebenarnya Watak Black Widow Bukan Milik Saya,” – Sedih Kerana Tidak Terpilih Pada Awalnya, Scarlett Johansson Gembira Diberi Peluang Kedua

Ads

Jadi siapa yang dapat watak tersebut? Pelakon yang berjaya mendapat watak tersebut  ialah Emily Blunt! Aktres yang terkenal dengan watak Emily Charlton dalam filem The Devils Wears Prada ketika itu sudah terikat dengan kontrak untuk berlakon dalam filem komedi Gulliver’s Travel. Jadi dia terpaksa menolak untuk melakonkan watak Black Widow.

Bercerita lebih lanjut mengenai proses dan juga dugaan apabila menjalani uji bakat, Scarlett berkongsi yang dia banyak belajar dari perkara tersebut.

Ads

“Sebenarnya Watak Black Widow Bukan Milik Saya,” – Sedih Kerana Tidak Terpilih Pada Awalnya, Scarlett Johansson Gembira Diberi Peluang Kedua

“Kalau ada yang bertanya apa nasihat saya boleh berikan kepada pelakon yang baru mahu mencuba nasib dalam bidang ini. Saya akan katakan kepada mereka yang setiap peluang adalah peluang untuk bekerja. Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan yang pada mulanya anda menyangkakan sudah hilang pekerjaan itu namun mendapatnya kembali. Saya sangat teruja kerana peluang kedua tersebut,” ucapnya berkongsi nasihat.

Sumber: People, Gambar: Instagram Scarlett Johansson World

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI