Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf seterusnya akan lebih berhati-hati di dalam soal pemakaian susulan penampilannya yang mengenakan seluar yang didakwa ketat di sebuah acara baru-baru ini yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan wargamaya.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, turut mengambil maklum segala kritikan yang dilemparkan seterusnya menerima segala teguran dengan hati terbuka.
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.
“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.
“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” katanya.
Artikel Berkaitan;
“Dulu Tonton MeleTOP, Kita Macam… ‘Cantiknya Lofa’,” – Hawa Rizwana
Hawa Rizwana Malu-Malu Nak Tatap Mata Khai Bahar; “Dia Pandai Buat Pasangannya Selesa.”
Hos program MeleTOP ini bagaimabapun menambah, setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses ‘saringan’ dengan orang di sekelilingnya.
“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi perkongsian gambar berkenaan di Instagram, Hawa menerima pelbagai kecaman susulan seluar hitam kulit yang dipakai bersama baju-T gelap serta jaket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI