Beberapa minit selepas episod Nur2 berakhir, Syafiq Kyle ada memberi reaksi terhadap drama rantaian itu secara keseluruhannya.
Pada masa sama, hero filem Langsuir itu turut mengucapkan terima kasih buat peminat setia drama rantaian yang disiarkan menerusi slot Samarinda itu.
“Sebuah penutup yang sangat mengesankan. Terima kasih untuk semua yang setia menjadi pemuja naskhah yang terlalu luar biasa.
“Ada rezeki kita jumpa lagi. Assalammualaikum – Ustaz Adam,” tulisnya ringkas menerusi Instagram sambil di susuli dengan tanda palang #nur2 #setulusikhlas.
Pada masa sama, peminat turut dilihat meninggalkan pendapat yang pelbagai di ruangan komen entri pelakon berkenaan.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Beli Sebenarnya, Banyak Kucing Jalanan Yang…,”- Tular Fasal Individu Jual Kucing Belaan Di Kaki Lima, Adibah Noor Beri Reaksi
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan segelintir pihak yang dilihat sewenang-wenangnya menjual kucing peliharaan secara terbuka di lokasi awam.
Foto tular tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan ramai pihak. Ada juga menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti ingin mengambil kesempatan.
Antara yang turut memberikan reaksinya berhubung isu tersebut termasuklah penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
Menurut Adibah, sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, mereka sebenarnya boleh bermula dengan menjaga kucing-kucing di jalanan.
Kalau nak pelihara kucing, janganlah nak cari yg cantik dan baka baik sahaja.
Lagipun, kalau kucing baka baik ni ada sijil.Tak perlu beli sebenarnya.
Berapa banyak kucing jalanan yg boleh diambil sebagai kucing angkat.Bawak balik, bersihkan, jaga elok2.. cantiklah dia. https://t.co/qgIFCbSy0u
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) August 23, 2021
“Kalau nak pelihara kucing, janganlah nak cari yg cantik dan baka baik sahaja.
Lagipun, kalau kucing baka baik ni ada sijil.
“Tak perlu beli sebenarnya. Berapa banyak kucing jalanan yang boleh diambil sebagai kucing angkat.
“Bawak balik, bersihkan dan jaga elok-elok cantiklah dia,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, sekiranya dijaga dengan baik, kucing-kucing jalanan juga mampu untuk menjadi haiwan peliharaan yang cantik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual kucing secara haram.
“Betul. Jaga kucing macam baby. Jangan ingat nak seronok main. Kesihatan, kebajikan sakit dia, semua kena jaga. Ini amanah Allah dan tak perlu beli. Cari kucing jalanan dan bela elok-elok.
“Setuju. Kena bagi komitmen betul-betul nak bela kucing. Bukan bela sebab ikut trend.
“Kesian nampak kucing dalam gambar. Nampak tak terjaga.
“Kesian kucing tu. Sepatutnya Jagalah elok-elok,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.
Terdahulu, tweet tersebut telah pun meraih lebih 2,000 ulang ciap selain turut dihujani ratusan komen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Hitung Hari Bergelar Isteri
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin pernah mendedahkan sebelum ini, dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun ini secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 41, menjelaskan, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islam dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya berdoa agar segalanya berjalan lancar.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
“Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua. Apapun, insyaAllah majlis serba ringkas seadanya sahaja.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
“Betul-betul rapat tahun lalu, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Mencari Salah Antara Satu Sama Lain…,”- No More #SongSongCouple, Song Joong Ki Fail Cerai Terhadap Song Hye Kyo!
Jika dahulunya, kisah percintaan antara pelakon A-list Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menjadi perhatian peminat di seluruh dunia, namun kini tidak lagi.
Semalam, industri hiburan Korea Selatan telah digemparkan dengan satu perkhabaran kurang enak apabila Song Joong Ki telah mengumumkan untuk berpisah dengan isterinya itu.
Memetik laporan Astro Awani, Song Joong Ki telah pun memberikan kenyataan kepada peminatnya menerusi peguam dan mengharapkan perceraian ini akan berjalan dengan baik.
“Saya telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo. Daripada kita mencari salah antara satu sama lain, saya hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik,” katanya melalui kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Descendants of The Sun’ itu turut memohon maaf kepada seluruh peminat yang telah menyokong perjalanan karier seninya selama ini.
Bagimanapun, buat masa kini Song Hye Kyo masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat turut kecewa dengan kisah penceraian ini.
Malah, tanda pagar #SongSongCouple turut trending dilaman tersebut.
"perhaps one day we will meet again as characters in a different story, maybe we'll share a lifetime then."#SongSongCouple pic.twitter.com/Rl1DVTZ7lP
— zimzalabim 🎢 (@seulgraphy) June 27, 2019
never forget when song joong ki said:
“i care about my popularity so i decided not to get married not until song hye kyo came into my life & changed everything.”
this is so fucking sad. #songsongcouple pic.twitter.com/4U9JRtrNo6
— tricia (@jonginflicted) June 27, 2019
You two rlly broke my heart. How can I watch DOTS again knowing that the feeling wasn't the same anymore? I'm cryinnnnnnnnnnnnng 💔😭 #SongSongCouple pic.twitter.com/PVAEvAvAcg
— n (@nobeautyy) June 27, 2019
Reason of #songsong #songsongcouple divorce. Sad to accept, but I wish them all the best! AJA! pic.twitter.com/kqds2QXCQa
— Yoshi (@pogingmakulit) June 27, 2019
Song Joong Ki dilaporkan secara rasmi telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu (26 Jun).
Terdahulu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah pun melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 31 Oktober 2017.
Sumber: Astro Awani, Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI