Aril memaklumkan hal tersebut menerusi Instagramnya miliknya beberapa hari lalu. Meski pada awalnya ada di antara rakan yang asyik menyatakan mengenai hal yang tidak baik berkaitan dengan penerbangan, namun itu bukanlah suatu hal yang besar buat penyanyi ini.
“Mula2 org tanya pasal bini keje cabin crew ‘ang tak takut ka kapal terhempas?’ ‘Ang tak tengok MH370 ka MH17 ka?’ Aku mcm #PEDIH gak la nak telan soalan2 mcm tu, tu pasal kasik dia mengandung 1 kali, alasan untuk dia stop keje dgn saudi airlines biar dia tau mengandung tu cane rasa dia!
“Tapi now lain skit la, bila 3thn dia tak keje tu, aku kesian pulak sebab rasa mcm aku dah kuburkan 1 cita2 dia, mana taknya, 3thn dia tak keje tu, cite dia tetap sama, kapal terbang, cabin crew, flight sana, flight sini, arm door, sit belt, galley, coffee tea bla bla bla, sampai naik menanah telinga aku,” tulisnya.
“So mmg nampak la tu satu-satunya cita2 dia, so bila ada peluang ni, aku sebagai suami yg paham tentang perasaan dan cita2 ni, aku izinkanlah. Insyaallah pasti ada hikmah dari Allah swt dari setiap perkara yang berlaku, and now bila org tanya pasal bini fly balik ni, aku senyum jelah, sebab aku sendiri ada cita2 aku, aku tak nak cita2 tu hanya tinggal kenangan! Aku nak capai cita2 jugak, so isteri tak bole halang ok! Sebab aku da bagi chance jugak.“Sebut pasal ajal ni, mana2 pon bole mati, chill sudah, percaya dengan takdir Allah swt. Aku redha apa pun yg bakal berlaku ? goodluck isteri, yg penting, awak joget mcm @beyonce tahan kentut,” maklumnya lagi.