Selepas terpalit insiden ‘terkucil’ ketika menyertai salah sebuah program realiti nyanyian tempatan, penyanyi meningkat naik, Nuha Bahrin tidak menoleh ke belakang.

Sebaliknya dia terus mengorak langkah menerusi single terbaru berjudul Casablanca hasil kolaborasi bersama penyanyi, Naufal Azrin yang kini tular di platform TikTok.

Menurut Nuha, dia teruja apabila dapat berkerjasama dengan pencipta lagu terkenal, Daqmie dan penulis lirik daripada Syiria, Abdul Karim Al Ali.

“Proses rakaman lagu alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain. Jadi semuanya berjalan lancar. Pada saya proses penghasilan lagu ini sangat cepat dan saya rasa sebab pasukan ini sangat membantu.

“Semua orang saling tolong menolong, sokong satu sama lain dan berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini lebih baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya harap semua orang boleh hargai usaha yang kami berikan untuk lagu ini,” katanya.

Lagu ini juga dikatakan memiliki keunikan tersendiri apabila turut diselitkan elemen timur tengah.

Ads

Tambah Nuha, dia mendapat bantuan daripada Abdul Karim bagi memperbetul sebutannya agar tidak daripada maksud asal.

“Bagi proses penulisan lagu, alhamdulillah kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmi dan Wan Salleh.

“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu Abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya sebutan arab sebab ia perlu teliti.

Ads

“Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Nuha turut menjelaskan lagu ini sebenarnya sesuai ditujukan buat pasangan yang sedang baru dan hangat bercinta.

“Sebutan Arab Kena Teliti, Kalau Salah…,” – Tular Di TikTok, Rupanya Nuha Bahrin & Naufal Azrin Dibimbing Rakan Syiria Demi Lagu “Sebutan Arab Kena Teliti, Kalau Salah…,” – Tular Di TikTok, Rupanya Nuha Bahrin & Naufal Azrin Dibimbing Rakan Syiria Demi Lagu “Sebutan Arab Kena Teliti, Kalau Salah…,” – Tular Di TikTok, Rupanya Nuha Bahrin & Naufal Azrin Dibimbing Rakan Syiria Demi Lagu

Ads

“Pada saya tujuan utama lagu ini adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik lagu ini. Lagu ini mengisahkan dua orang yang sedang bercinta, macam baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau ‘crush’,” katanya lagi.

Terdahulu, lagu Casablanca kini sudah tersdia diseluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton disaluran Youtube Mashyur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI